Suami Boleh Pindah Caruman 2% KWSP Kepada Isteri – iSayang

Suami Boleh Pindah Caruman 2% KWSP Kepada Isteri – iSayang

Bagi memperkasakan simpanan persaraan pasangan di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Sayang kini membenarkan pencarum lelaki yang berstatus Suami untuk memindah 2% caruman KWSP mereka ke dalam akaun KWSP Isteri mereka.

Penawaran pindahan caruman ini boleh dilaksana secara sukarela dengan memenuhi syarat yang telah ditetapkan KWSP. Apa yang menarik, pindahan caruman 2% ini akan dilaksana secara automatik setiap bulan apabila berlakunya kemasukan caruman dari majikan ke dalam akaun suami pencarum.

Tidak hanya pindahan caruman tidak boleh dibatalkan, ia hanya boleh ditamatkan sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri sahaja. Bagi pengguna yang berminat untuk laksana tindakan ini, boleh layari pautan i-Sayang KWSP untuk maklumat lanjut.

Skim Biaya Rumah Untuk B40 Bakal Di Kaji

Skim Biaya Rumah Untuk B40 Bakal Di Kaji

Memahami keperitan sebahagian rakyat negara yang berdepan kekangan untuk memiliki kemampuan beli kediaman, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini sedang meneliti potensi untuk pelbagaikan skim pembiayaan perumahan. Tidak hanya untuk B40 bahkkan kumpulan bersasar terpilih.

Setakat ini mengikut laporan pada sidang negara telah menawarkan inisiatif seperti Skim Sewa-untuk-Milik (RTO) dengan 6,066 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Ketika ini sejumlah 4,690 keluarga telah menerima skim tersebut.

Selain penawaran itu, terdapat juga penawaran Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang menampilkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu membenarkan golongan yang tidak miliki pendapatan tetap melunaskan wang pendahuluan bagi pembiayaan perumahan mereka.

Moratorium Untuk Mangsa Banjir – Bank Islam

Moratorium Untuk Mangsa Banjir – Bank Islam

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) mengumumkan pelaksanan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan kemudahan pembiayaan perumahan, peribadi dan kenderaan yang terjejas dengan bencana banjir. Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga tempoh enam bulan itu tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan. Bank Islam, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kemudahan moratorium itu turut disediakan kepada pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai meneruskan Program Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas.

“Selain itu, Bank Islam juga tidak akan mengenakan sebarang caj bagi penggantian kad kredit-i dan debit-i serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku,” katanya.
Bank tersebut memaklumkan kemudahan Bantuan Bencana (DRF) untuk industri perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) khusus untuk pelanggan pembiayaan Perniagaan-i yang terkesan.

“Di bawah kemudahan ini, perusahaan mikro yang layak boleh memohon pembiayaan sehingga RM150,000. Pembiayaan berjumlah RM700,000 disediakan untuk PKS dengan tempoh tujuh tahun, termasuk moratorium selama enam bulan.

Permohonan Program Prihatin dan DRF boleh dibuat di cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan selepas kejadian dan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/. Pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Bank Islam di contactcenter@bankislam.com.my atau 03- 26 900 900 sementara pelanggan perniagaan boleh menghantar e-mel ke smeassist@bankislam.com.my.

 

Kredit: Bernama

iMedia Ambil Alih Oleh Catcha Digital – RM43.92 Juta

iMedia Ambil Alih Oleh Catcha Digital – RM43.92 Juta

Catcha Digital kini secara rasminya meraih keseluruhan kepentingan ekuiti pada operasi iMedia Asia bernilai RM43.92 juta tunai dan saham, langkah ini sekaligus menoktahkan penyelesaian pengambilalihan kumpulan. Menerusi aturan itu, sekaligus memperlihatkan perolehan Catcha Digital pada segmen penyelesaian media digital bersepadu dengan penawaran perkhidmatan kepada lebih 100 jenama bersama 12.7 juta pengguna.

Berdasarkan makluman kepada Bursa Malaysia ini, usaha ini akan membantu Catcha laksana pelan penstrukturan semula syarikat dan membuka ruang untuk pihak mereka meneroka pelaburan baharu pada segmen digital, teknologi di rantau Asia Tenggara.

Kerajaan Sarawak Bakal Pertimbangkan Pendaftaran Perniagaan Guna Alamat Rumah

Kerajaan Sarawak Bakal Pertimbangkan Pendaftaran Perniagaan Guna Alamat Rumah

Susulan aliran perniagaan beroperasi secara atas talian semakin rancak, Sarawak kini dalam pertimbangan untuk membenarkan warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menggunakan alamat kediaman bagi langkah pendaftaran perniagaan. Usaha itu kelak akan dikaji dan diteliti bersama perincian jenis bentuk perniagaan yang dibenarkan miliki syarat pendaftaran sedemikian.

Makluman itu telah dikongsikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak pada laporan Bernama. Usaha ini secara langsung akan meningkatkan peluang buat warga PKS negeri untuk meraih sebarang penawaran insentif kerajaan di masa akan datang. Setakat ini, Sarawak merekodkan seramai 89,000 usahawan PKS telah berdaftar pada pasaran ekonomi negara.

Online
Hi! Boleh kami bantu?