by Faiz Riziq | Feb 7, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Susulan aliran pendapatan kerajaan diperlihat menurun sejak 2012, Bank Dunia menyeru pentadbiran negara untuk mengukuhkan sumber pendapatan melalui sokongan mendalam pada segmen pelaburan. Menerusi peralihan negara pada ekonomi berteraskan pelaburan secara langsung, ini akan meluaskan lagi jejak pasaran negara dalam permintaan semasa. Sekaligus turut menambah-baik pelarasan gaji tempatan untuk tenaga kerja.
Selain saranan sedemikian, meningkatkan kecekapan cukai kepenggunaan dan meluaskan cukai pendapatan peribadi juga dapat membantu negara, mengukuhkan lagi perolehan hasil. Ini kerana, Bank Dunia menjangkakan pendapatan negara akan diparas 15% pada KDNK 2023, di mana lebih rendah berbanding matlamat awal yang diletakkan sekitar 16.7%.
Maka melalui usaha ini menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Dr Apurva Sanghi pada laporan, ia akan membantu negara membentuk kembali ruang fiskal Malaysia, bersama kutipan hasil yang lebih tinggi dan kecekapan perbelanjaan lebih positif. Setakat ini secara menyeluruh, dijangka ekonomi negara akan berkembang sekitar 4.0% ekoran pertumbuhan dunia yang akan lebih perlahan.
by Faiz Riziq | Feb 3, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan, Tips, Tinjauan & Statistik
Pertumbuhan pinjaman bagi tahun ini, diperhatikan akan lebih sederhana sekitar 4.5% susulan tekanan inflasi yang mengakibatkan perubahan kos semasa lebih tinggi. Pengamatan Kenanga Research ini melihat aliran permohonan pinjaman telahpun semakin menurun pada Disember 2022, menyusut sekitar 16% rentetan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% berlaku bagi November 2022. Paras itu sekaligus menjadikan kos pinjaman negara lebih mahal dengan perubahan kadar faedah dilaksanakan oleh setiap perbankan.
Malah menurut laporan, penyusutan ini turut berlaku ekoran penurunan pinjaman isi rumah telah merundum 19% disebabkan permintaan permohonan berkaitan hartanah pada tempoh tersebut berkurangan. Selain jangkaan penurunan permohonan itu, kadar kelulusan pinjaman juga dlihat semakin perlahan iaitu merosot 18% bagi bulan ke bulan. Namun aliran ini dijangka akan kembali berkembang menjelang April 2023 kelak, iaitu ketika musim perayaan.
by Faiz Riziq | Feb 3, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Sebagai tindak-balas akan tekanan kos operasi semasa, Pinterest Inc kini memulakan langkah memberhentikan sekitar 150 pekerja – bersamaan 5% daripada keseluruhan tenaga kerjanya. Firma digital itu memaklumkan langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyeimbangkan matlamat operasi dalam tempoh jangka panjang.
Bagaimanapun mengikut laporan Reuters, pemberhentian tersebut telah diakui pihak pewakilan namun jumlah sebenar penguguran kakitangan itu masih lagi tidak disahkan. Setakat ini, jumlah pekerja yang terkesan akan memperolehi manfaat pemberhentian – merangkumi jumlah pembayaran gaji bersama faedah dalam perkhidmatan operasi.Berikutan langkah pemberhentian itu, difahamkan beberapa segmen operasi di San Francisco bakal terjejas namun tidak diperincikan pada cawangan yang lain.
by Faiz Riziq | Feb 2, 2023 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country, Tips, Tinjauan & Statistik
Sepanjang tahun 2022, didapati seramai 16 individu di Malaysia telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) ekoran kegagalan mereka melunaskan bebanan pinjaman.
Muflis atau bankrap didefinisikan sebagai kegagalan individu serta tidak berupaya melunaskan sejumlah besar beban hutang mereka. Situasi ini mengakibatkan kerugian besar berlaku pada aset individu atau syarikat yang terlibat.
Tahun lalu sahaja, sejumlah 5,695 kes kebankrapan telah didaftarkan di negara dari tempoh Januari sehingga Disember 2022. Daripada jumlah itu, didapati terdapat beberapa negeri menyumbang kepada angka kes muflis yang tinggi – iaitu Selangor (1,044 kes), Wilayah Persekutuan (823), Kedah (591) dan Johor Bahru (559). Malah sepanjang tahun 2022 juga, didapati sebanyak 16 petisyen difailkan setiap hari, diikuti jumlah kes bankrap yang didaftar setiap hari adalah sebanyak 16 kes.
Sebagai pecahan faktor mengakibatkan status bankrap diisytihar adalah seperti berikut:
- Pinjaman Peribadi – 2,688
- Sewabeli Kenderaan – 441
- Pinjaman Perniagaan – 1,241
- Pinjaman Perumahan – 491
- Hutang Kad Kredit – 207
- Keberhutangan yang lain – 187
- Penjamin Korporat – 159
- Hutang Cukai Pendapatan – 153
- Caruman KWSP – 110
- Pinjaman Pelajaran/Biasiswa – 18
Berdasarkan perincian itu, didapati jumlah umur penduduk di Malaysia yang menyumbang kes bankrap tertinggi pada 2022 adalah kumpulan 35 tahun – 44 tahun dengan 2,237 kes, diikuti usia 45-54 tahun (1,630) dan 55 tahun dan ke atas (1,024). Manakala kumpulan belia (sehingga 34 tahun) pula menyumbang kepada 770 kes sepanjang tahun 2022. Secara keseluruhannya mengikut data tahunan, jumlah kes muflis ini telah menurun berbanding data 2018 yang mencatatkan sebanyak 16,482 kes muflis diisytiharkan.

by Faiz Riziq | Feb 2, 2023 | Hartanah, Luar Negara, English & Other Country
Susulan berlakunya peningkatan kos bahan binaan pada pasaran semasa serta permintaan kediaman yang tinggi – harga rumah di Malaysia dijangka berpotensi naik 10% setiap tahun, sehingga 2025 kelak. Kenaikan ini mengikut tinjauan Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia pada laporan Utusan, tidak sekadar melonjak kesan permintaan semasa tetapi turut berlandaskan kepada faktor lokasi, kemudahan awam yang tersedia dan pembangunan sekeliling.
Di tambah pula kenaikan kos bahan binaan ketika ini menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah sekitar 1.8% sehingga 11.8%, setakat Disember 2022 lalu – turut menyumbang kepada pertambahan kos.
Maka tidak menghairankan sekiranya paras harga rumah sekitar RM200,000 berkemungkinan tidak lagi didapati di pasaran kelak disebabkan kesan kos sedemikian. Malah turut dijangka harga rumah mampu milik berupaya naik disebabkan permintaan semasa semakin tinggi serta gagasan Malaysia untuk menawarkan 500,000 kategori kediaman tersebut menjelang 2025.
Recent Comments