Kejatuhan Saham Tesla, Bukan Lagi Orang Terkaya Di Dunia – Elon Musk

Kejatuhan Saham Tesla, Bukan Lagi Orang Terkaya Di Dunia – Elon Musk

Elon Musk, pemilik disebalik sejumlah syarikat, termasuk Tesla, SpaceX dan juga Twitter kini dilihat jatuh ke tangga kedua manusia paling kaya di dunia. Punca utama kejatuhan ini adalah kerana penurunan nilai saham Tesla kebelakangan ini.

Menerajui senarai manusia terpaling kaya di dunia adalah Bernard Arnauil. Mengikut kekayaan semasa, beliau mempunyai kekayaan berjumlah $171 biliion, berbanding dengan Elon Musk sebanyak $164 bilion.

Bernard Arnault merupakan pengasas bersama untuk syarikat LVMH yang terkenal dengan jenama mewah Louis Vuitton.

Menduduki tangga ketiga adalah Gautam Adani dengan kekayaan berjumlah $125 bilion, dan Jeff Bezos bersama Bill Gates dengan nilai kekayaan sama sebanyak $116 bilion di tangga ke-4.

CITI Group Bakal Memberhentikan Pekerja

CITI Group Bakal Memberhentikan Pekerja

Citigroup ketika ini dalam perancangan untuk memberhentikan sebilangan petugasnya, dimaklumkan jumlah kecil tersebut kurang daripada 1% pekerja yang bakal terjejas di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

Mengikut Reuters, langkah tersebut adalah tindak balas kumpulan berhubung ketidaktentuan ekonomi susulan kadar faedah yang tinggi, diikuti tekanan inflasi beserta ketidakpastian kesan perdagangan Ukraine-Rusia.

Berdasarkan laporan, pembuangan ini akan melibatkan kedudukan pengurusan tertinggi dan terdapat juga tindakan pemberhentian secara sukarela.

Setakat ini, Citi memiliki sekitar 6,000 pekerja merentasi segmen perbankan pasaran modal dan bahagian khidmat pengaturcara di seluruh dunia. Manakala pendapatan operasi pada suku ketiga telah memaparkan penyusutan lebih satu perlima daripada suku sebelumnya dan prestasi pendapatan tahunan pula telah merosot 64%.

Hutang Negara Membangun Kini Naik Lebih Dua Kali Ganda – Bank Dunia

Hutang Negara Membangun Kini Naik Lebih Dua Kali Ganda – Bank Dunia

Bank Dunia terus memberi isyarat bahawa risiko ketidaktentuan ekonomi akan terus meningkat dari semasa ke semasa – apabila negara membangun kini mencatatkan kenaikan paras hutang dua kali ganda kepada $9 trilion pada tahun 2021.

Krisis hutang ini terus melonjak dalam tempoh 10 tahun lalu. Namun perlu diakui tindakan pinjaman berganda adalah hasil tindak-balas negara susulan ekonomi global alami ketirisan ketika fasa pandemik COVID-19, dua tahun lalu.

Maka pendekatan komprehensif diperlukan untuk mengurangkan hutang, meningkatkan ketelusan dan memudahkan penstrukturan semula yang lebih pantas – supaya negara boleh memberi tumpuan kepada perbelanjaan yang menyokong pertumbuhan dan mengurangkan kemiskinan.

Buat pengetahuan umum, selain situasi peningkatan hutang negara membangun – turut didapati negara termiskin yang layak meminjam daripada Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA) pula kini perlu membelanjakan lebih sepersepuluh daripada hasil eksport mereka untuk membayar hutang luar negeri jangka masa panjang. Data itu adalah paras perbelanjaan tertinggi sejak 2000.

Perbankan Menunjukkan Prestasi Terus Teguh 2022

Perbankan Menunjukkan Prestasi Terus Teguh 2022

Walaupun berdepan tekanan ketidakpastian global, prestasi bank-bank di Malaysia kekal menawarkan perkhidmatan yang stabil, disamping terus menyokong permintaan pengguna di pasaran.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), ia dapat diperhatikan apabila sistem perbankan negara berjaya kekalkan kemudahan tunai dengan merekodkan nisbah liputan kecairan sebanyak 152.5% pada September lalu. Secara langsung ia menyokong aktiviti pengantaraan.

Pengukuhan ini turut disokong hasil pertumbuhan deposit yang positif serta agregat nisbah pinjaman kepada dana juga yang semakin naik dipaparkan iaitu 82.5%.

Malah kenaikan OPR sebanyak 4 kali kepada 2.75% juga dilihat telah memberi manfaat kepada sektor perbankan bersama margin faedah bersih yang dijangka akan terus meningkat.

Untuk makluman dalam tempoh 9 bulan tahun 2022, aliran pinjaman negara telah memaparkan kenaikan 6.4% dari tahun ke tahun dan 0.6% bagi bulan ke bulan. Aliran pinjaman ini bagi tahun 2023 disasarkan akan meningkat pada paras pertumbuhan 5.0%-6.0%.

Ekonomi Negara Asean Dijangka Suram Awal 2023, Malaysia Berdaya Saing

Ekonomi Negara Asean Dijangka Suram Awal 2023, Malaysia Berdaya Saing

Aliran ekonomi di awal tahun 2023 bakal menyaksikan kelembapan pertumbuhan dalam kalangan negara Asia. Situasi ini disokong susulan tekanan inflasi dan risiko gangguan rantaian bekalan serta perubahan iklim semasa.

Mengikut tinjauan ICAEW, Institut Akuantan Bertauliah England dan Wales ia memperincikan kemerosotan dijangka berlaku untuk dua suku pertama tahun 2023 ke atas negara Asia dan seterusnya tekanannya itu akan semakin berkurangan.

Antara yang akan memperlihatkan kesan menurun mendadak dalam tempoh berkenaan adalah negara berorentiasikan eksport Asia iaitu Korea dan Taiwan yang akan alami penurunan 40% pada pertumbuhan eksport. Secara asasnya penurunan hasil pengeluaran pada ekonomi maju turut akan menghalang pertumbuhan pengeluaran negara Asia.

Mengikut jangkaan pertumbuhan, negara Asia Tenggara akan menyaksikan kadar pemulihan yang lebih perlahan pada 2023 – antaranya Malaysia.

Setakat ini pada pengamatan nisbah hutang, Malaysia menjadi antara negara memiliki nisbah hutang kasar kerajaan kepada KDNK yang tertinggi di rantau Asia – susulan defisit belanjawan tidak disasarkan menurun dengan tinggi menyebabkan ruang fiskal lebih terhad untuk imbangi dasar.

Sementara sasaran pertumbuhan untuk tahun 2022 pula, Malaysia memperlihatkan prestasi dan unjuran yang positif dalam penilaian ekonomi. Di mana meningkat 9.2% berbanding negara Asean lain, akan tetapi tahun 2023 menjadi negara kedua terendah, lebih perlahan dan menyusut dalam meraih pertumbuhan ekonomi – sekitar 2.7%.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?