1. Anda tidak bersikap panas baran dan mudah untuk bersikap tenang.

2. Anda berfikiran terbuka dan menerima pandangan orang lain.

3. Anda suka bertolak ansur di dalam kebanyakan perkara.

4. Anda lebih suka mendengar daripada bercakap sebelum memberi sesuatu pendapat.

5. Anda menganggap jika kerap menyembang perkara yang kosong ianya hanya lah membuang masa.

6. Anda mula memikirkan masa depan anda bersama rakan-rakan anda.Terutamanya dari segi simpanan dan jodoh.

7. Anda sudah malu untuk meminta duit dari ibu bapa.

8. Anda menganggap kesilapan masa lalu sebagai pengajaran untuk anda belajar pada masa sekarang.

9. Anda mudah untuk memaafkan semua orang di sekeliling anda.

10. Anda menyedari bahawa anda mempunyai tanggungjawab yang besar di masa akan datang.

11. Anda menghormati perbezaan rakan-rakan anda.Tidak menghina satu sama lain.

12. Anda tidak terburu-buru mencari jodoh.Mencari cinta untuk melengkapkan kehidupan,bukan untuk berlumba siapa kahwin dahulu.

13. Anda terima dugaan di dalam hidup dengan hati terbuka.

14. Anda menganggap nilai persahabatan sebagai sesuatu yang perlu dihargai.

15. Anda tidak suka menyibuk hidup hal orang lain. Fokus pada diri sendiri sahaja.

16. Anda boleh berjalan ke mall seorang diri tanpa teman.Anda sedar bahawa setiap orang mempunyai komitmen tersendiri.

17. Anda tidak menunjukkan ego yang tinggi,malah bersikap merendah diri untuk dihormati.

18. Anda tahu membezakan kehendak dan keperluan untuk kewangan masa depan.

19. Anda menganggap privacy orang lain sebagai perkara yang serius.Setiap orang mempunyai rahsia yang perlu dijaga.

20. Anda tidak terlalu bangga dengan pujian di dalam hidup.Cukup hanya mengambil pujian untuk anda terus berbuat baik kepada orang lain.

“Hidup Kita, Cara Kita”.

Follow dan set see first saya untuk tips asas kewangan,psikologi dan motivasi santai. Nota tips kewangan dan motivasi santai di TELEGRAM

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?