Kenaikkan Kos Sebanyak 3.5% Barangan Pengeluar – DOSM

Kenaikkan Kos Sebanyak 3.5% Barangan Pengeluar – DOSM

Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur kos barangan di peringkat kilang kini dilihat kembali meningkat kepada 3.5% bagi data Disember 2022. Di mana catatan ini memaparkan sedikit peningkatan selepas menurun kepada 3.2% pada November lalu.

 

IHPR adalah untuk mengukur purata perubahan harga komoditi yang dikenakan oleh pengeluar tempatan dalam sesuatu industri.

 

Hasil tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini kenaikan tersebut didorong oleh peningkatan kos di hampir ke semua sektor kecuali sektor pertanian, perhutanan dan perikanan telah alami penurunan -17.5%, susulan penurunan pada segmen penanaman kekal sebanyak -27.3%. Malah mengikut tahap pemproses juga, tahap barang siap sedikit naik kepada 4.4% berbanding sebelumnya sekitar 3.3%.

Manakala secara keseluruhannya, IHPR meningkat 7.8% pada tahun 2022 berbanding 9.5% yang direkodkan pada tahun 2021. Semua sektor menunjukkan peningkatan di mana sektor Pertanian, perhutanan & perikanan mencatatkan peningkatan 1.3% (2021: 30.2%), sektor Perlombongan meningkat 12.6% (2021: 41.2) dan sektor Pembuatan juga meningkat 8.4% (2021: 5.5%). Seterusnya, sektor Bekalan elektrik & gas dan Bekalan air masing-masing merekodkan peningkatan 0.7% dan 2.6%.

 

PMKS Bakal Raih Manfaat RM2 Juta Dana Pemfailan Harta Intelek

PMKS Bakal Raih Manfaat RM2 Juta Dana Pemfailan Harta Intelek

Dalam usaha merancakkan ekonomi dan mengurangkan bebanan usahawan tempatan – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kini melancarkan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 berjumlah RM2 juta, yang berupaya memanfaatkan sekitar 2,000 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana negara.

Inisiatif akan memperlihatkan tampungan kos melibatkan kesemua pemfailan komponen harta intelek, termasuklah kos bagi khidmat profesional dan teknikal seperti pendrafan paten. Adanya dana ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjelaskan ia turut akan membantu perniagaan negara membiayai kos pemfailan cap dagangan, hak cipta serta reka bentuk perindustrian. Usaha ini tidak sekadar meningkatkan penyertaan semua pihak dalam melindungi harta intelek industri. Tetapi turut membantu merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Setakat tahun lalu, MyIPO telah menerima sebanyak 329,917 permoohonan harta intelek dan 128,822 daripada adalah permohonan bagi harta intelek tempatan. Maka sebarang maklumat lanjut, para PMKS boleh merujuk pada pautan Dana Pemfailan Harta Intelek 2.0 untuk tindakan seterusnya, untuk makluman permohonan dibuka sehingga 31 Oktober 2023 kelak.

Tutup Berkuatkuasa 2 Februari Ini – Hello Gold

Tutup Berkuatkuasa 2 Februari Ini – Hello Gold

HelloGold, aplikasi membeli emas secara mudah alih – kini mengumumkan penutupan operasinya di pasaran Malaysia dan Thailand, berkuat kuasa 2 Februari ini. Langkah penutupan ini dicapai susulan prestasi syarikat tidak lagi berdaya maju dalam pasaran semasa. Maka dengan makluman ini, semua pelanggan yang berkaitan masih dibolehkan melaksana tindakan membeli dan menjual emas serta mengeluarkan wang tunai sehingga jam 7 pagi pada 2 Februari kelak.

Namun sekiranya masih terdapat baki emas pada akaun pelanggan, HelloGold akan laksana penjualan mengikut harga semasa dan kemudian dana tersebut akan dipindahkan ke akaun bank pelanggan dalam tempoh 5 hari. Berikutan tindakan ini, HelloGold turut menjangkakan trafik kemasukan pada platform akan menjadi lebih tinggi dan sesak. Oleh itu, sebarang kesulitan para pelanggan boleh merujuk kepada khidmat awam HelloGold di talian 1300130888 untuk tindakan lanjut.

Buat pengetahuan umum, HelloGold adalah sebuah medium jual-beli emas yang membolehkan para pelanggan memiliki emas serendah RM1 di platform. Malah ia juga telah diperakui patuh syariah, dan telah beroperasi sejak 2015 lagi.

Sebanyak 35% Tenaga Kerja Luno Di Buang

Sebanyak 35% Tenaga Kerja Luno Di Buang

Nampaknya, ketidaktentuan makroekonomi bukan sahaja memberikan kesan kepada firma-firma teknologi, tetapi juga melibatkan kriptowang. Terbaharu, Luno telah mengumumkan akan membuang sekitar 35% tenaga kerja global mereka. Ia disasarkan langkah ini akan memberikan kesan kepada hampir 300 pekerja seluruh dunia mereka.

Pengumuman daripada pihak Luno ini hadir pada ketika nilai kriptowang mula meningkat kembali selepas melalui tahun 2022 yang penuh dengan kemerahan. Sebelum ini, sejumlah syarikat teknologi telah mengumumkan langkah pengurangan pekerja, termasuk oleh Google, Microsoft, Meta, Twitter, Amazon, dan lain-lain.

Dividen KWSP 2023 Lebih Rendah, Mungkin Bawah 6%

Dividen KWSP 2023 Lebih Rendah, Mungkin Bawah 6%

Menjelang pertengahan Februari atau awal Mac 2023 kelak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar agihan dividen kepada semua para pencarum. Mengikut sasaran itu, dijangka kadar dividen tersebut berkemungkinan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Di mana anggaran agihan sekitar 4.25% hingga 5.25% untuk Simpanan Konvensional, manakala 4.45% hingga 4.95% pula bagi Simpanan Syariah.

Jangkaan awal mengikut pengamatan Pusat Pengajian Ekonomi UUM ini, mengambilkira situasi ekonomi yang masih terkesan disebabkan pemulihan pandemik COVID-19, disusuli pasaran pelaburan semasa serta nilai Ringgit pada perdagangan negara.

Seperti yang umum sedari jangkaan aliran ekonomi dunia yang lebih perlahan pada tahun ini berkemungkinan mengekang kestabilan pasaran pelaburan negara. Ini bermakna, potensi KWSP untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi pada 2023 akan terbatas, disusuli pulangan dividen yang dijangka akan terus menurun disebabkan kesan kos semasa.

Namun sekiranya KWSP mengumumkan aliran dividen antara 5.0% hingga 5.5% bagi kedua simpanan 2022 – ini bermakna ia melepasi paras sasaran pemerhati ekonomi. Menurut tinjauan agihan tersebut mungkin berlaku disebabkan keyakinan pelabur dalam jangka pendek pada perolehan pendapatan daripada pelaburan kasar telah meningkatkan hasil sebanyak RM39.31 bilion pada 9 bulan pertama 2022.

Buat pengetahuan, bagi kadar dividen sebelum ini – KWSP telah mengisytiharkan dividen sebanyak 6.10% untuk Simpanan Konvensional, manakala 5.65% untuk Simpanan Syariah.

Harga Makanan Di Gerai & Restoran Naik Sehingga 40%

Harga Makanan Di Gerai & Restoran Naik Sehingga 40%

Bagi kumpulan pekerja yang bergantung kepada perolehan makanan di luar rumah, kini pasti terkesan akan kenaikan harga makanan di gerai dan restoran – yang dilihat mulai naik sehingga 40%. Peningkatan secara perlahan ini menurut MAPIM berlaku, susulan tekanan kos bahan mentah yang masih tinggi, yang terpaksa ditampung oleh para pengusaha.

Sekiranya dapat dilihat pada tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) minggu lalu, kos bahan mentah Disember 2022 menunjukkan beras, roti dan bijirin masih di paras 7.0%, diikuti daging 7.8% dan gula, jem, madu, coklat serta manisan pula naik 4.1% di pasaran.

Kadar tersebut secara langsung membawa kepada peningkatan kos pembelian makanan di luar rumah yang kekal di paras 9.6%.

Tidak sekadar harga makanan, kos minuman melibatkan segelas air kosong juga turut dimaklumkan dinaikan sehingga RM0.60 sen pada segelintir kedai makanan. Tindakan kenaikan ini antara lain adalah untuk mengimbangi tekanan kos operasi serta pengurangan pelanggan disebabkan paras inflasi semasa.

Berikutan isu ini, MAPIM menggesa pentadbiran negara untuk meningkatkan pengeluaran domestik, bagi mengurangkan kebergantungan kepada perolehan import. Pada masa yang sama, orang awam turut boleh laksana aduan melalui EzyADU kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk melaksanakan tinjauan ke atas permis yang meningkat kos keterlaluan – bagi memastikan kebajikan pengguna tidak diekspoitasi.

Online
Hi! Boleh kami bantu?