Prestasi Jualan Atas Talian Di Malaysia Raih Pendapatan RM302.3 Billion

Prestasi Jualan Atas Talian Di Malaysia Raih Pendapatan RM302.3 Billion

Walaupun aliran semasa ekonomi terus menekan status tunai rakyat Malaysia, namun prestasi arena e-dagang negara telah memperlihatkan lonjakan 4.1%, dengan meraih hasil pendapatan berjumlah RM302.3 bilion bagi suku keempat 2022.

Mengikut perbandingan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bagi suku sebelumnya, ternyata prestasi pendapatan tersebut telah meningkat dengan ketara. Di mana suku ketiga telah raih RM289.2 bilion dengan peningkatan 0.3%, namun suku keempat pula telah naik sekitar 4.5%.

 

 

Sementara berhubung prestasi sektor perkhidmatan mengikut segmen pula memperlihatkan terdapat peningkatan hasil dicatatkan kepada RM528.8 bilion dengan kenaikan 14.9% secara menyeluruh. Dengan segmen borong, runct, makanan dan penginapan mencatatkan hasil RM425.8 bilion, diikuti segmen komunikasi, pengangkutan, maklumat dan penyimpanan sekitar RM75.8 bilion, manakala kesihatan swasta dan pendidikan swasta serta bahagian kesenian, hiburan, rekreasi pula sekitar RM16.4 bilion dan segmen hartanah RM10.9 bilion.

Melalui prestasi positif ini ternyata sektor perkhidmatan bahagian runcit, borong, makanan dan penginapan mencatatkan bilangan pekerja tertinggi berjumlah 3.8 juta petugas – penyertaan tenaga kerja ini telah meningkat sekitar 3.9% iaitu pertambahan 111,400 pekerja berbanding data sebelumnya. Lebih menarik, tidak sekadar penyertaan pekerja dan hasil meningkat – namun aliran gaji dan upah turut naik sekitar 1.1% pada segmen tersebut.

 

Disney Bakal Buang 7,000 Pekerja, Penyusunan Semula

Disney Bakal Buang 7,000 Pekerja, Penyusunan Semula

Dalam usaha menjimatkan kos operasi sekitar $5.5 bilion serta melonjakkan keuntungan segmen penstrimannya – syarikat Walt Disney Co pada minggu ini telah mengumumkan akan laksana penyusunan semula secara besar-besaran.

Langkah operasi di bawah pimpinan Bob Iger itu sekaligus membawa kesan kepada 7,000 pekerjaan di bawah operasinya. Impak ini sekaligus akan memperlihatkan sekitar 3.6% daripada jumlah pekerjanya di peringkat global akan terjejas.

Berdasarkan perincian, langkah penyusunan semula ini bertujuan untuk mengembalikan peranan kepada para eksekutif kreatif, dan dijangka 3 segmen operasi akan ditumpu melibatkan segmen hiburan seperti filem, televisyen, penstriman, dan diikuti segmen sukan serta segmen taman tema Disney dan pengeluaran produknya. Mengikut pemerhatian AFP, meskipun pengumuman itu telah dilaksanakan prestasi saham Disney kekal membrangsangkan dengan kenaikan 4.7% pada penutupan sesi dagangan semalam.

Intipati Belanjawan 2023 Tumpu Pada Pelabur, Lindung Golongan Miskin Tegar – PM

Intipati Belanjawan 2023 Tumpu Pada Pelabur, Lindung Golongan Miskin Tegar – PM

Menjelang pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini, antara intipati yang bakal diketengahkan negara adalah usaha meraih keyakinan pelaburan untuk memacu semula pertumbuhan ekonomi Malaysia. Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tumpuan itu sekaligus antaranya akan memperlihatkan beberapa pengenalan inisiatif baharu melibatkan kemudahan kelulusan perniagaan, pendigitalan dan pengeluaran sumber asli negara.

Bagaimanapun, PM Anwar akui cabaran dalam merangka bajet kali ini adalah mencari dasar yang seimbang untuk pentadbiran negara memastikan tumpuan terhadap kemasukan pelabur dan matlamat melindungi rakyat golongan miskin tegar dapat dicapai, serta diselarikan.

Adanya usaha keseimbangan itu, ini secara langsung akan memberi kesan yang positif pada struktur ekonomi negara khususnya pasaran pekerjaan, yang dapat membantu negara mengurangkan kadar kebergantungan asing serta meningkatkan taraf hidup rakyat secara berkala.

Harga Simen, Besi Melonjak Naik Setelah Lonjakan Kos Barang

Harga Simen, Besi Melonjak Naik Setelah Lonjakan Kos Barang

Tatkala semua pihak berdepan tekanan kenaikan harga barang, industri pembinaan tidak terkecuali akan lonjakan kos melibatkan harga bahan binaan seperti besi dan simen – yang ketika ini telah naik sebanyak 1.0% dan 2.6% pada Januari 2023 bagi indeks harga seunit.

Peningkatan harga besi dan simen ini mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sekaligus telah didorong akan kenaikan harga bahan mentah, arang batu serta kos penghantaran yang lebih tinggi. Tidak hanya itu, kenaikan indeks harga besi turut didorong akan lonjakan harga bijih besi di pasaran antaranbangsa. Tambahan pembukaan ekonomi China kelak dijangkan akan merangsang semula aktiviti pembinaan, ini sekaligus meningkatkan lagi kos bahan binaan dalam pasaran semasa.

Setakat ini secara puratanya harga simen di pasaran negara telah naik sekitar 3.4% iaitu RM21.66 bagi setiap 50kg berbanding RM20.95 pada Disember lalu dengan kuantiti yang sama. Melalui lonjakan itu ia secara langsung meningkatkan tekanan kos di peringkat pemaju, kontraktor dan berkemungkinan memberi impak pada kos pasaran pengguna. Selain harga bahan binaan itu, dilihat purata harga pasir masih kekal tidak berubah pada pasaran dengan purata RM36.32 satu tan metrik.

Produk Nestlé Naik Harga Tahun Ini

Produk Nestlé Naik Harga Tahun Ini

Bagi memastikan tekanan kos operasi terus dapat diimbangi, jenama Nestlé memaklumkan harga produk pengeluarannya bakal alami kenaikan pada tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mark Schneider pada laporan Reuters, dalam tempoh ini – terdapat beberapa pelan operasi akan dilaksanakan. Pihaknya akui paras inflasi di sebahagian ekonomi negara maju yang lebih tinggi telah didiorong akan kenaikan harga makanan dan tenaga.

Maka tindakan pelarasan harga produk ini dilihat setimpal dengan tekanan semasa, untuk jenama terus konsisten dalam penawaran pasaran. Setakat 9 bulan pertama 2022, jualan produk minuman Nestlé dan pengeluaran coklat seperti KitKat telah memaparkan pertumbuhan organik 8.5% bersama kenaikan harga sekitar 7.5 mata peratusan. Meskipun tidak dimaklumkan jumlah peratusan kenaikan, situasi secara langsung turut dijangka akan membawa perubahan pada harga di pasaran Malaysia.

6,650 Pekerja Dell Akan Di Buang

6,650 Pekerja Dell Akan Di Buang

Mengikuti jejak langkah firma teknologi lain, kini giliran Dell Technologies Inc pula melaksanakan pemberhentian pekerja – melibatkan sekitar 6,650 kakitangannya. Tindakan itu secara langsung bakal memperlihatkan sejumlah 5% daripada tenaga kerja globalnya akan terkesan.

Selain Dell, beberapa jenama pesaingnya turut mengambil langkah yang sama antaranya HP Inc seramai 6,000 pekerja terjejas, diikuti Cisco System dan IBM sekitar 4,000 petugas terkesan. Jumlah sedemikian sekaligus meningkatkan lagi kadar pemberhentian pekerja yang telah berlaku sejak 2022, menurut firma Challenger, Gray & Chirstmas Inc sekitar 97,171 pekerja sektor teknologi telah diberhentikan pada tahun lalu. Kadar itu secara langsung memaparkan peningkatan 649% berbanding data pemberhentian tahun sebelumnya.

Online
Hi! Boleh kami bantu?