by Faiz Riziq | Nov 15, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Tips, Tinjauan & Statistik
Setelah beberapa jenama teknologi besar melaksanakan pemberhentian pekerja, kelak Disney pula didapati melakukan tindakan yang sama dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengimbangi kerugian kumpulan yang mencecah sehingga $1.5 bilion pada suku keempat tempoh hari.
Berlandaskan perkongsian memo itu ia tidak sekadar mempertimbangkan pembuangan pekerja tetapi turut akan membekukan pengambilan petugas baharu.
Langkah ini menurut laporan adalah wajar selari dengan sasaran jenama untuk meraih paras pendapatan suku tahunan seperti mana yang ditetapkan Wall Street. Meskipun tindakan sedemikian menjadi taruhan Disney, namun pihaknya kekal optimis mencapai keuntungan melalui segmen penstriman Disney+ pada tahun kewangan 2024.
by Faiz Riziq | Nov 11, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka sederhana bagi baki tahun 2022, namun paras tersebut dilihat akan kekal tinggi untuk suku keempat kelak. Makluman Bank Negara Malaysia (BNM) pada tinjauan perkembangan Ekonomi dan Kewangan Suku Ketiga 2022 hari ini (11 November) menjelaskan secara keseluruhannya paras inflasi negara dijangka berpurata pada 3.3% untuk tahun ini.
Perkara ini berlaku susulan permintaan semakin melonjak dikala keadaan kos yang sedang tinggi. Bagi tahun 2023 pula, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos, serta sebarang perubahan yang akan berlaku pada dasar dalam negeri. Namun BNM menegaskan kesan peningkatan inflasi itu akan terus dibendung dengan kawalan harga, subsidi serta lebihan kapasiti yang boleh ditampung dalam ekonomi negara.
Akan tetapi perlu diakui sebarang risiko yang melanda pada pertumbuhan dunia akan turut memberi kesan kepada tekanan kos di Malaysia. Antaranya ketidaktentuan harga komoditi dunia serta konflik perdagangan akan terus berisiko mengugat kesejahteraan bekalan negara.
by Faiz Riziq | Nov 11, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Selepas Meta, GoTo (Gojek-Tokopedia) firma teknologi milik Indonesia pula dilaporkan akan membuang lebih 1,000 pekerjanya dalam usaha mengurangkan tekanan kos dan meningkatkan semula status kewangan mereka.
Pengurangan tersebut mengikut makluman Bloomberg akan merangkumi semua bahagian kumpulan dan anggaran tersebut bersamaan dengan lebih 10% tenaga kerja mereka.
Setakat akhir Jun ini, GoTo memiliki sekitar 9,360 pekerja tetap dan 455 pekerja lagi adalah petugas sementara. Berdasarkan jumlah kakitangan tersebut, tidak diperincikan berapa peratusan penamatan pekerja akan berlaku dalam dua kumpulan tersebut.
by Faiz Riziq | Nov 11, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Tips, Tinjauan & Statistik
Mengambil pendekatan yang diterapkan pada negara jiran Singapura, Sarawak ketika ini dalam pertimbangan untuk mengkaji menaikkan gaji penjawat awam negeri. Langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha pentadbiran negeri untuk membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Menurut makluman semalam Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg melihat pendekatan tersebut akan membantu, tingkatkan daya integriti penjawat awam negeri dan sekaligus menampung tekanan kos sara hidup yang didepani masyarakat awam ketika ini.
Kajian tersebut akan dilaksanakan secara terperinci meliputi sistem bergaji, faedah pencen yang akan dirujuk pada perkhidmatan awam persekutuan. Namun Sarawak melihat pelbagai usaha boleh dilaksanakan negeri tanpa bergantung sepenuhnya kepada jabatan persekutuan (JPA).
Maka untuk merealisasikan usaha itu, ketika ini sebuah rang undang-undang khusus sedang dirangka oleh Sarawak untuk menubuhkan dana kekayaan berdaulat yang dijangka dapat dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak.
by Faiz Riziq | Nov 11, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Tips, Tinjauan & Statistik
Setelah mengambil-alih platform media sosial, Elon Musk memberi gambaran Twitter mungkin berdepan muflis, susulan status kewangan syarikat tersebut dilihat tidak seimbang. Buat pengetahuan umum, Twitter sebelum ini telah dilaporkan menanggung kerugian lebih $4 juta setiap hari ekoran perbelanjaan operasi yang tinggi. Tidak hanya itu platform ini turut mengalami kemerosotan apabila ramai pengiklan di maklumkan telah beralih arah dan menghentikan penawaran berikutan berdepan tekanan beberapa pihak.

Untuk makluman umum, Musk telah membeli Twitter pada nilai $44 bilion pada akhir Oktober lalu dan kini telah melaksanakan pemberhentian pekerja pengurusan kanan untuk melandaikan komitmen kos operasi mereka.
by Faiz Riziq | Nov 11, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Bermula tahun hadapan, terdapat potensi untuk pekerja di Malaysia menerima kenaikan gaji median sekitar 5%, ini lebih tinggi berbanding kenaikan 4.8% pada tahun ini. Pengamatan laporan Mercer: Total Remuneration Survey ini mendapati kenaikan tersebut adalah tindak-balas kepada keyakinan majikan berhubung status pasaran semasa. Buat pengetahuan, penelitian kenaikan gaji ini merangkumi pertumbuhan ekonomi serta perkembangan permintaan pasara negara.
Setakat ini dilihat kenaikan gaji median Malaysia melebihi kadar purata Asia Pasifik sebanyak 4.4%. Berdasarkan skop pekerjaan pula, keseimbangan jelas dilihat pada industri teknologi dan peruncitan di Malaysia. Ini kerana kedua industri telah memperlihatkan perolehan yang membrangsangkan pada tahun ini. Meskipun perkembangan gaji bakal berlaku, majikan kekal akui tahun 2023 akan mengehadkan tindakan mereka, khususnya pengambilan pekerja baharu ekoran ketidaktentuan ekonomi kelak.
Mengikut tinjauan sekitar 30% majikan merancang untuk laksana pertambahan pekerja, sementar 1% majikan pula bertindak untuk mengurangkan jumlah pekerja mereka.
Recent Comments