by Faiz Riziq | Feb 3, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Sebagai tindak-balas akan tekanan kos operasi semasa, Pinterest Inc kini memulakan langkah memberhentikan sekitar 150 pekerja – bersamaan 5% daripada keseluruhan tenaga kerjanya. Firma digital itu memaklumkan langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk menyeimbangkan matlamat operasi dalam tempoh jangka panjang.
Bagaimanapun mengikut laporan Reuters, pemberhentian tersebut telah diakui pihak pewakilan namun jumlah sebenar penguguran kakitangan itu masih lagi tidak disahkan. Setakat ini, jumlah pekerja yang terkesan akan memperolehi manfaat pemberhentian – merangkumi jumlah pembayaran gaji bersama faedah dalam perkhidmatan operasi.Berikutan langkah pemberhentian itu, difahamkan beberapa segmen operasi di San Francisco bakal terjejas namun tidak diperincikan pada cawangan yang lain.
by Faiz Riziq | Jan 31, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Meskipun berdepan tekanan kos operasi semasa, Sea Limited syarikat disebalik platform e-dagang Shopee kini mengetengahkan pelan mereka – untuk perluaskan pelaburan di pasaran Malaysia. Ini termasuklah bakal mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan untuk pasaran tempatan.
Perluasan itu mengikut laporan, akan membabitkan pembangunan hab perkhidmatan awanan dan gudang logistik e-dagang. Kedua-dua pembangunan ini menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan melibatkan lokasi Bukit Raja, Klang dan Kulai, Johor.
Setakat ini difahamkan, gudang tersebut akan seluas 1.4 juta kaki persegi dan bakal dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur awam serta sokongan teknologi tinggi. Melalui perluasan pelaburan ini, ia secara langsung kekal meletakkan Singapura selaku pelabur kedua terbesar dalam negara pada segmen sektor perkilangan dengan jumlah ketika ini melebihi RM96 bilion.
by Faiz Riziq | Jan 31, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Walaupun kurang daripada 10% syarikat dan industri yang dikesan, gagal melunaskan bayaran cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tahun 2022 – namun kesannya telah membawa kepada kerugian negara sekitar RM150 juta.
Ketirisan ini mengikut perkongsian Kastam Malaysia kekal memberi impak pada hasil negara, bagaimanapun kutipan secara menyeluruh jelas menunjukkan lebih 90% syarikat masih komited melunaskan tanggungjawab mereka, dengan kutipan hasil tahun 2022 mencatatkan sekitar RM53.54 bilion. Di mana 25.97% (RM11 bilion) lebih tinggi berbanding kutipan sebelumnya.
Untuk makluman jumlah sedemikian merangkumi cukai jualan, cukai perkhidmatan, duti eksais, duti import dan levi. Maka bagi mengelak daripada berlakunya ketirisan berganda, Kastam merancang tingkatkan kecekapan kaedah kutipan bersama sasaran hasil tahun ini sekitar RM52 bilion.
by Faiz Riziq | Jan 30, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur kos barangan di peringkat kilang kini dilihat kembali meningkat kepada 3.5% bagi data Disember 2022. Di mana catatan ini memaparkan sedikit peningkatan selepas menurun kepada 3.2% pada November lalu.
IHPR adalah untuk mengukur purata perubahan harga komoditi yang dikenakan oleh pengeluar tempatan dalam sesuatu industri.
Hasil tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini kenaikan tersebut didorong oleh peningkatan kos di hampir ke semua sektor kecuali sektor pertanian, perhutanan dan perikanan telah alami penurunan -17.5%, susulan penurunan pada segmen penanaman kekal sebanyak -27.3%. Malah mengikut tahap pemproses juga, tahap barang siap sedikit naik kepada 4.4% berbanding sebelumnya sekitar 3.3%.
Manakala secara keseluruhannya, IHPR meningkat 7.8% pada tahun 2022 berbanding 9.5% yang direkodkan pada tahun 2021. Semua sektor menunjukkan peningkatan di mana sektor Pertanian, perhutanan & perikanan mencatatkan peningkatan 1.3% (2021: 30.2%), sektor Perlombongan meningkat 12.6% (2021: 41.2) dan sektor Pembuatan juga meningkat 8.4% (2021: 5.5%). Seterusnya, sektor Bekalan elektrik & gas dan Bekalan air masing-masing merekodkan peningkatan 0.7% dan 2.6%.

by Faiz Riziq | Jan 27, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Tips, Tinjauan & Statistik
Walaupun kadar inflasi utama Malaysia semakin mereda di paras 3.8%, namun situasi ini tidak dapat menafikan kegusaran rakyat negara akan ketidaktentuan ekonomi semasa. Khususnya melibatkan kemampuan ekonomi secara individu dan keluarga berlandaskan kelas pendapatan B40 dan M40. Susulan kerunsingan itu, didapati hanya 35% rakyat percaya bahawa ekonomi diri dan isi rumah mereka akan menjadi lebih baik dalam tempoh 5 tahun mendatang.
Tinjauan melalui Edelman Trust Barometer 2023 ini menjelaskan tahap kepercayaan itu didorong atas beberapa fakor – antaranya pengangguran (89%), inflasi (74%), perubahan iklim (76%), perang nuklear (72%), ketirisan sumber makanan (67%) dan kekangan sumber tenaga (66%).
Persekitaran ini secara langsung meningkatkan lagi risiko aliran tunai rakyat negara, untuk memastikan perbelanjaan harian dan kecemasan dapat dilaksanakan untuk berdepan krisis sedemikian dari semasa ke semasa.

Berdasarkan senarai 28 buah negara itu, Malaysia telah berada di kedudukan ke-13. Namun jumlah kemerosotan keyakinan tersebut memaparkan Malaysia sebagai negara kedua alami penurunan yang mendadak, dengan kehilangan 20 mata tahap keyakinan ekonomi.
Selain negara, Singapura pula mencatatkan paras keyakinan 36% terhadap ekonomi semasa. Ini berbeza dengan negara Asia lain seperti Indonesia 73% dan Thailand pula 58%. Melepasi paras keyakinan ekonomi global. Secara menyeluruh tinjauan mendapati Malaysia bersama 23 buah negara telah alami kemerosotan tahap keyakinan ekonomi untuk tahun 2023.

by Faiz Riziq | Jan 26, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Pada jam 9 pagi hari ini, nilai ringgit dibuka dengan kukuh apabila meningkat kepada 4.2510/2600 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada nilai 4.2575/2675 sewaktu ditutup semalam. Aliran kenaikan selama tiga kali berturutan ini dilihat berpaut kepada jangkaan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutan AS yang mungkin akan menurunkan kadar faedah daripada 50 mata asas (bps) kepada 25 bps.
Langkah itu dijangka akan dilaksanakan pada akhir Januari ini. Menerusi kelemahan dolar AS tersebut, pengamatan SPI Asset Management Stpehen Innes menjangkakan pasaran China akan mengukuh dan ini akan menyokong pasaran serantau depani tekanan risiko semasa.
Adanya pembukaan pasaran China, ini akan merangsang nilai mata wang tempatan dan turut merancakkan lagi permintaan pelancong China di negara. Secara langsung menggandakan permintaan perkhidmatan tempatan. Malah kedudukan negara yang mencatatkan paras pengganguran 3.6%, diikuti tahap inflasi 3.8% telah membawa keyakinan kepada pasaran tempatan untuk mengukuh – menjadikan ia destinasi baik buat pelaburan tempatan.
Recent Comments