SEA Limited Wujudkan 2,000 Peluang Pekerjaan.

SEA Limited Wujudkan 2,000 Peluang Pekerjaan.

Meskipun berdepan tekanan kos operasi semasa, Sea Limited syarikat disebalik platform e-dagang Shopee kini mengetengahkan pelan mereka – untuk perluaskan pelaburan di pasaran Malaysia. Ini termasuklah bakal mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan untuk pasaran tempatan.

Perluasan itu mengikut laporan, akan membabitkan pembangunan hab perkhidmatan awanan dan gudang logistik e-dagang. Kedua-dua pembangunan ini menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan melibatkan lokasi Bukit Raja, Klang dan Kulai, Johor.

Setakat ini difahamkan, gudang tersebut akan seluas 1.4 juta kaki persegi dan bakal dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur awam serta sokongan teknologi tinggi. Melalui perluasan pelaburan ini, ia secara langsung kekal meletakkan Singapura selaku pelabur kedua terbesar dalam negara pada segmen sektor perkilangan dengan jumlah ketika ini melebihi RM96 bilion.

Harga Bitcoin Cecah RM100K Setelah Sekian Lama

Harga Bitcoin Cecah RM100K Setelah Sekian Lama

Sepanjang tahun 2022, ia memperlihatkan ketidak-tentuan nilai pasaran untuk kriptowang. Ini sekaligus memberikan impak terhadap nilai Bitcoin itu sendiri, yang jatuh sehingga RM70,000.

Kini, dengan permulaan tahun 2023, nilai Bitcoin serta pelbagai kriptowang lain dilihat mengukuh – termasuk meningkatkan kembali nilainya semula. Peningkatan ini juga dikatakan selari dengan peningkatan pelbagai harga saham syarikat teknologi pada bursa di Amerika Syarikat.

Mengikut kadar tukaran semasa, nilai Bitcoin didagangkan pada nilai melangkaui RM100,000. Ia masih menjadi tanda tanya lagi sama ada nilai berkenaan dapat bertahan untuk tempoh yang lama, atau akan kembali jatuh selepas beberapa minggu.

Kesan Syarikat Gagal Bayar SST, Malaysia Rugi RM150 Juta

Kesan Syarikat Gagal Bayar SST, Malaysia Rugi RM150 Juta

Walaupun kurang daripada 10% syarikat dan industri yang dikesan, gagal melunaskan bayaran cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tahun 2022 – namun kesannya telah membawa kepada kerugian negara sekitar RM150 juta.

Ketirisan ini mengikut perkongsian Kastam Malaysia kekal memberi impak pada hasil negara, bagaimanapun kutipan secara menyeluruh jelas menunjukkan lebih 90% syarikat masih komited melunaskan tanggungjawab mereka, dengan kutipan hasil tahun 2022 mencatatkan sekitar RM53.54 bilion. Di mana 25.97% (RM11 bilion) lebih tinggi berbanding kutipan sebelumnya.

Untuk makluman jumlah sedemikian merangkumi cukai jualan, cukai perkhidmatan, duti eksais, duti import dan levi. Maka bagi mengelak daripada berlakunya ketirisan berganda, Kastam merancang tingkatkan kecekapan kaedah kutipan bersama sasaran hasil tahun ini sekitar RM52 bilion.

Kenaikkan Kos Sebanyak 3.5% Barangan Pengeluar – DOSM

Kenaikkan Kos Sebanyak 3.5% Barangan Pengeluar – DOSM

Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur kos barangan di peringkat kilang kini dilihat kembali meningkat kepada 3.5% bagi data Disember 2022. Di mana catatan ini memaparkan sedikit peningkatan selepas menurun kepada 3.2% pada November lalu.

 

IHPR adalah untuk mengukur purata perubahan harga komoditi yang dikenakan oleh pengeluar tempatan dalam sesuatu industri.

 

Hasil tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini kenaikan tersebut didorong oleh peningkatan kos di hampir ke semua sektor kecuali sektor pertanian, perhutanan dan perikanan telah alami penurunan -17.5%, susulan penurunan pada segmen penanaman kekal sebanyak -27.3%. Malah mengikut tahap pemproses juga, tahap barang siap sedikit naik kepada 4.4% berbanding sebelumnya sekitar 3.3%.

Manakala secara keseluruhannya, IHPR meningkat 7.8% pada tahun 2022 berbanding 9.5% yang direkodkan pada tahun 2021. Semua sektor menunjukkan peningkatan di mana sektor Pertanian, perhutanan & perikanan mencatatkan peningkatan 1.3% (2021: 30.2%), sektor Perlombongan meningkat 12.6% (2021: 41.2) dan sektor Pembuatan juga meningkat 8.4% (2021: 5.5%). Seterusnya, sektor Bekalan elektrik & gas dan Bekalan air masing-masing merekodkan peningkatan 0.7% dan 2.6%.

 

Maybank Kini Boleh Bekukan Akaun Melalui Pilihan Kill Switch

Maybank Kini Boleh Bekukan Akaun Melalui Pilihan Kill Switch

Maybank dalam usaha meningkatkan keselamatan akaun pengguna dari diceroboh, kini telah mula memperkenalkan ciri Kill Switch, iaitu memudahkan pengguna membekukan akaun bank mereka secara terus pada aplikasi MAE.

Adanya ciri baharu itu, ia akan berperanan membantu para pengguna untuk menyah-aktifkan akaun perbankan mereka dan sebarang transaksi baharu tidak dapat dijalankan. Sekaligus membantu pengguna menafikan sebarang aktiviti transaksi yang mencurigakan dalam akaun mereka, sekiranya berlaku keciciran kad bank.

Untuk makluman, ciri tersebut kini telahpun dapat digunakan oleh semua pengguna dengan mengemaskini aplikasi MAE Maybank anda pada peranti pintar, dan pergi ke bahagian Maybank2u > seterusnya bahagian tetapan dan tekan pada butang Kill Switch untuk membekukan akaun bank anda.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?