Harga Simen, Besi Melonjak Naik Setelah Lonjakan Kos Barang

Harga Simen, Besi Melonjak Naik Setelah Lonjakan Kos Barang

Tatkala semua pihak berdepan tekanan kenaikan harga barang, industri pembinaan tidak terkecuali akan lonjakan kos melibatkan harga bahan binaan seperti besi dan simen – yang ketika ini telah naik sebanyak 1.0% dan 2.6% pada Januari 2023 bagi indeks harga seunit.

Peningkatan harga besi dan simen ini mengikut tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sekaligus telah didorong akan kenaikan harga bahan mentah, arang batu serta kos penghantaran yang lebih tinggi. Tidak hanya itu, kenaikan indeks harga besi turut didorong akan lonjakan harga bijih besi di pasaran antaranbangsa. Tambahan pembukaan ekonomi China kelak dijangkan akan merangsang semula aktiviti pembinaan, ini sekaligus meningkatkan lagi kos bahan binaan dalam pasaran semasa.

Setakat ini secara puratanya harga simen di pasaran negara telah naik sekitar 3.4% iaitu RM21.66 bagi setiap 50kg berbanding RM20.95 pada Disember lalu dengan kuantiti yang sama. Melalui lonjakan itu ia secara langsung meningkatkan tekanan kos di peringkat pemaju, kontraktor dan berkemungkinan memberi impak pada kos pasaran pengguna. Selain harga bahan binaan itu, dilihat purata harga pasir masih kekal tidak berubah pada pasaran dengan purata RM36.32 satu tan metrik.

Apple Dominasi Untung 85% Di Pasaran

Apple Dominasi Untung 85% Di Pasaran

Apple sekali lagi mengukuhkan kedudukannya pada pasaran pintar pada segmen jualan telefon pintar di peringkat global 2022. Perolehan ini menurut tinjauan Penyelidikan Counterpoint memperlihatkan Apple raih 85% daripada keuntungan operasi dan 48% daripada hasil adalah daripada jualan telefon pintar sepanjang tahun. Hasil ini dilihat membrangsangkan tatkala pengeluar telefon pintar lain berdepan fasa margin yang lebih rendah.

Meskipun kekal dominasi keuntungan, namun Apple turut alami kejatuhan prestasi selama 4 tahun rentetan ketirisan bekalan komponen dan status ekonomi semasa telah menjejaskan jumlah pendapatan operasinya. Selain Apple, Samsung turut menjadi jenama yang meraih pertumbuhan tinggi hasil pengeluaran telefon pintar premium.

Selanjutnya pada jangkaan prestasi awal tahun ini, diramalkan jualan produk Apple akan terus meningkat ekoran pembukaan ekonomi China. Ini kerana setakat awal Januari didapati jualan telefon pintar telah meningkat lebihi 20%. Walaupun terlalu awal untuk menjangkakan aliran positif namun lonjakan ini mampu meningkatkan lagi kedudukan Apple di pasaran pintar global.

Produk Nestlé Naik Harga Tahun Ini

Produk Nestlé Naik Harga Tahun Ini

Bagi memastikan tekanan kos operasi terus dapat diimbangi, jenama Nestlé memaklumkan harga produk pengeluarannya bakal alami kenaikan pada tahun ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mark Schneider pada laporan Reuters, dalam tempoh ini – terdapat beberapa pelan operasi akan dilaksanakan. Pihaknya akui paras inflasi di sebahagian ekonomi negara maju yang lebih tinggi telah didiorong akan kenaikan harga makanan dan tenaga.

Maka tindakan pelarasan harga produk ini dilihat setimpal dengan tekanan semasa, untuk jenama terus konsisten dalam penawaran pasaran. Setakat 9 bulan pertama 2022, jualan produk minuman Nestlé dan pengeluaran coklat seperti KitKat telah memaparkan pertumbuhan organik 8.5% bersama kenaikan harga sekitar 7.5 mata peratusan. Meskipun tidak dimaklumkan jumlah peratusan kenaikan, situasi secara langsung turut dijangka akan membawa perubahan pada harga di pasaran Malaysia.

6,650 Pekerja Dell Akan Di Buang

6,650 Pekerja Dell Akan Di Buang

Mengikuti jejak langkah firma teknologi lain, kini giliran Dell Technologies Inc pula melaksanakan pemberhentian pekerja – melibatkan sekitar 6,650 kakitangannya. Tindakan itu secara langsung bakal memperlihatkan sejumlah 5% daripada tenaga kerja globalnya akan terkesan.

Selain Dell, beberapa jenama pesaingnya turut mengambil langkah yang sama antaranya HP Inc seramai 6,000 pekerja terjejas, diikuti Cisco System dan IBM sekitar 4,000 petugas terkesan. Jumlah sedemikian sekaligus meningkatkan lagi kadar pemberhentian pekerja yang telah berlaku sejak 2022, menurut firma Challenger, Gray & Chirstmas Inc sekitar 97,171 pekerja sektor teknologi telah diberhentikan pada tahun lalu. Kadar itu secara langsung memaparkan peningkatan 649% berbanding data pemberhentian tahun sebelumnya.

Perlu Selaraskan Ekonomi & Tingkatkan Sumber Pendapatan Negara – World Bank

Perlu Selaraskan Ekonomi & Tingkatkan Sumber Pendapatan Negara – World Bank

Susulan aliran pendapatan kerajaan diperlihat menurun sejak 2012, Bank Dunia menyeru pentadbiran negara untuk mengukuhkan sumber pendapatan melalui sokongan mendalam pada segmen pelaburan. Menerusi peralihan negara pada ekonomi berteraskan pelaburan secara langsung, ini akan meluaskan lagi jejak pasaran negara dalam permintaan semasa. Sekaligus turut menambah-baik pelarasan gaji tempatan untuk tenaga kerja.

Selain saranan sedemikian, meningkatkan kecekapan cukai kepenggunaan dan meluaskan cukai pendapatan peribadi juga dapat membantu negara, mengukuhkan lagi perolehan hasil. Ini kerana, Bank Dunia menjangkakan pendapatan negara akan diparas 15% pada KDNK 2023, di mana lebih rendah berbanding matlamat awal yang diletakkan sekitar 16.7%.

Maka melalui usaha ini menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia Dr Apurva Sanghi pada laporan, ia akan membantu negara membentuk kembali ruang fiskal Malaysia, bersama kutipan hasil yang lebih tinggi dan kecekapan perbelanjaan lebih positif. Setakat ini secara menyeluruh, dijangka ekonomi negara akan berkembang sekitar 4.0% ekoran pertumbuhan dunia yang akan lebih perlahan.

Online
Hi! Boleh kami bantu?