by Faiz Riziq | Dec 11, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Menyedari permintaan rangkaian kafe terus berkembang di pasaran Malaysia, Shell kelak merancang melancarkan sejumlah Shell Cafe di seluruh negara – tidak hanya di Semenanjung bahkan di Sabah dan Sarawak. Pada langkah itu, Shell Malaysia merancang miliki 150 cawangan Shell Cafe baharu menjelang akhir 2024 kelak dengan 80 cawangan dicapai pada akhir 2023, diikuti 70 cawangan lagi dibuka pada tahun 2024.
Buat masa ini, perluasan rantaian kafe tersebut hanya akan tersedia di cawangan stesen minyaknya sahaja. Pihak Shell Malaysia masih meneliti cadangan untuk perluaskan rantaian tersebut di luar stesen minyak mereka. Aturan itu akan dilaksana sekiranya terdapat keperluan pengguna berdasarkan perkembangan operasi mereka.
by Faiz Riziq | Dec 7, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Pembukaan perolehan kredit eMADANI bernilai RM100 sejak 4 Disember, dilihat telah mendapat sambutan yang membrangsangkan oleh seluruh penduduk dewasa Malaysia – apabila didapati pada tempoh tersebut lebih 7 juta permohonan telah diraih oleh penyedia dompet digital terpilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan TnG eWallet.
Namun begitu, didapati segelintir pihak berdepan isu permohonan ditolak berikutan pihak ini tidak mendaftar cukai pendapatan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 15 Julai pada tahun ini.Tindakan itu sekaligus tidak melayakkan penduduk dewasa, meskipun individu memenuhi kriteria berusia 21 tahun ke atas dan miliki pendapatan setahun kurang daripada RM100,000 seperti yang digariskan.
Dan dimaklumkan sekiranya individu terbabit baru sahaja mendaftar cukai pendapatan tersebut selepasa 15 Julai – kumpulan ini kekal tidak layak untuk menebus kredit e-tunai RM100 tersebut. Buat pengetahuan umum, perkara ini telah dijelaskan pada setiap kelayakan ketika memohon kredit eMADANI di setiap penyedia dompet digital TNG eWallet, ShopeePay, MAE dan Setel. Butirannya seperti berikut:

Maka bagi individu yang layak, penawaran kredit e-tunai RM100 ini kekal tersedia buat anda sehingga 20 Februari 2024 dan dimaklumkan penggunaan kredit tersebut sah sehingga 29 Februari 2024 kelak. Sebarang maklumat lanjut boleh layari penyedia dompet digital terlibat untuk tindakan seterusnya.
Siapa yang perlu isytihar cukai pendapatan?
- Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
- Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
- Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
- Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
- Individu yang menjual/membeli hartanah
Ini cara mendaftar nombor percukaian pendapatan:
- Pendaftaran no. cukai pendapatan boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi e-Daftar di https://mytax.hasil.gov.my/; atau
- manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan
by Faiz Riziq | Dec 6, 2023 | Fakta & Informasi, Hartanah
Dalam tempoh 12 bulan mendatang, terdapat potensi harga kediaman di Malaysia akan meningkat 9.95%, diikuti kadar sewa pula naik sebanyak 9.57% pada 2024.Tinjauan di bawah penyelidikan hartanah Malaysia oleh Juwai IQI pada suku keempat 2023 ini menunjukkan senario itu akan didorong kesan peningkatan modal serta pertumbuhan sewa dilihat mampu menggalakkan pelabur dan penyewa kembali ke pasaran. Maka terdapat potensi kenaikan harga berlaku.
Lebih terperinci, Kuala Lumpur dan Selangor menjadi antara lokasi yang miliki kenaikan mendadak dengan harga kediaman naik sekitar 9.7%, sementara sewa pula 9.9%. Berdasarkan tinjauan nisbah beli-sewa juga, ia mendedahkan keyakinan pasaran hartanah semakin kukuh apabila 91.1% responden akui menyarankan pembelian kediaman pada tempoh semasa dan hanya 8.9% sahaja menyarankan tindakan menyewa. Situasi ini berkemungkinan decetuskan jangkaan harga akan meningkat pada tahun 2024.
Setakat ini sahaja menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) terdapat peningkatan pembelian kediaman harga sederhana dengan mampu milik sekitar 51%. Ini meliputi nilai kediaman antara RM100,000 sehingga RM500,000.
Selain pasaran semakin kukuh, kenaikan kos bahan binaan diikuti faktor lokasi, serta kemudahan awam juga menjadi antara faktor pendorong kepada pertambahan kos dalam jualan unit rumah di Malaysia. Maka untuk jangkaan kenaikan harga dan sewa ini, terdapat potensi penawaran harga rumah sekitar RM200,000 akan mengecill dan lebih sukar didapati di negara secara berperingkat kelak.
by Faiz Riziq | Dec 5, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Jika tahun lalu, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat menyaksikan pengagihan kadar dividen di paras yang lebih rendah dengan konvensional 5.35% dan syariah pula 4.75% – namun tahun ini angka tersebut dijangka lebih tinggi bagi 2023 rentetan prestasi perolehan KWSP dilihat lebih baik.
Jangkaan itu menurut kumpulan penganalisis didorong kenaikan jumlah aset KWSP yang kini melonjak kepada RM1.1 trilion berbanding akhir 2022, diikuti pendapatan pelaburannya pula naik 33% kepada RM47.86 bilion bagi 9 bulan pertama 2023.
Potensi tersebut dilihat berupaya didorong kesan aliran ekonomi semasa yang semakin memulih, apabila penurunan kadar pengangguran turut memberi manfaat kepada KWSP – di mana jumlah caruman semakin baik, dan pertambahan pencarum turut berlaku pada platform mereka.
Persekitaran ini secara langsung memungkinkan KWSP berpotensi mengagihkan nilai dividen yang lebih baik berikutan perolehan pulangan modal operasi semakin memulih. Buat pengetahuan umum, ini senarai penyaluran kadar dividen setiap tahun KWSP sebelum ini :

by Faiz Riziq | Nov 27, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi
Ternyata seramai 1,787 usahawan Bumiputera di negara kini telah dikenakan status bankrap berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) – sejak 2019 sehingga September 2023 lalu. Angka ini menurut MdI berlaku kesan ketidakseimbangan aliran operasi yang dilaksanakan kumpulan usahawan Bumiputera tersebut – menyebabkan mereka diklasifikasi muflis. Ia secara langsung turut menjejaskan kemampanan ekosistem perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di pasaran negara.
Maka untuk melandaikan isu tersebut, Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyarankan usahawan Bumiputera negara untuk memanfaatkan beberapa pendekatan yang telah dicapai oleh pihak mereka bersama agensi pelaksana. Antaranya sedia khidmat nasihat pengurusan kewangan dan kredit bersama AKPK. Diikuti kursus keusahawanan dan kursus urus tunai bersama Institut Keusahawan Negara (INSKEN) serta terlibat dalam pengurusan kewangan perniagaan bersama SME Bank dan TEKUN Nasional.
Melalui garapan ini, KUSKOP melihat ia akan membantu usahawan Bumiputera lebih memahami akan kelangsungan perniagaan pada jangka masa panjang. Dan membantu kumpulan usahawan menstruktur semula pinjaman serta penjadualan operasi mereka dengan lebih baik.
Recent Comments