by Faiz Riziq | Oct 26, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Pihak iCorp telah berbesar hati untuk berkongsi dengan pihak Pinjaman Peribadi Bank (PPB) beberapa promosi pinjaman peribadi October 2020. Promosi ini adalah khusus untuk mereka yang sedang mencari pinjaman. Jika anda ingin pinjaman peribadi lulus pada hari yang sama, ini adalah pelan pinjaman peribadi untuk anda. Terdapat dua bank yang menawarkan pinjaman peribadi instant approval, iaitu RHB melalui RHB Easy dan Citibank melalui Citibank Personal Loan.
RHB Easy-Pinjaman Express
Pihak RHB menawarkan pinjaman peribadi konvensional RHB Easy untuk mereka yang ingin permohonan pinjaman lulus pada hari yang sama.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM2,000 hingga RM150,000.
- Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 8.18% p.a.
- Ditawarkan kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
- Permohonan tanpa dokumen (paperless application).
- Lulus segera (instant approval).
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang 21 tahun hingga 55 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar RM3,000/bulan digalakkan untuk kelulusan segera dan permohonan tanpa dokumen.
Citibank Personal Loan
Citibank Personal Loan yang ditawarkan oleh pihak Citibank adalah pelan pinjaman peribadi konvensional dengan tempoh lulus tidak lebih dari 24 jam.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM150,000.
- Tempoh pinjaman dari 24 bulan hingga 60 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 5.88% p.a. (Caj yang lebih rendah untuk pemegang kad kredit Citibank).
- Ditawarkan kepada kakitangan swasta.
- Lulus sehingga 10 kali ganda pendapatan.
- Permohonan tanpa dokumen (paperless application).
- Lulus segera (instant approval).
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM4,000 (untuk pemegang kad kredit Citibank) atau RM5,000 (tidak mempunyai kad kredit Citibank).
Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)
Untuk mereka yang inginkan pinjaman dengan ciri penyatuan hutang pula, terdapat dua pelan pinjaman peribadi yang sangat sesuai untuk anda mohon.
Bagi yang tidak tahu apa itu penyatuan hutang atau debt consolidation; pinjaman yang mempunyai ciri ini membenarkan anda menghimpun semua pinjaman yang aktif, atau hutang anda ke dalam satu pinjaman baru. Ini memudahkan dan meringankan beban kerana kebanyakan pinjaman peribadi penyatuan hutang mempunyai jumlah pinjaman yang tinggi dan caj kadar faedah/keuntungan yang rendah.
Alliance Bank CashFirst Personal Loan
Pelan pinjaman daripada Alliance Bank ini membenarkan penyatuan hutang dengan caj kadar faedah yang rendah.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM200,000.
- Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 4.99% p.a.
- Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan (kerajaan/GLC/swasta/bekerja sendiri/pesara).
- Penyatuan hutang (debt consolidation).
- Tiada caj proses.
- Tiada caj penamatan awal.
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 sebulan.
Standard Chartered CashOne Debt Consolidation
Seperti namanya, pinjaman peribadi Standard Chartered ini ditawarkan khas kepada pemohon yang ingin menghimpunkan semua pinjaman mereka kepada satu pinjaman.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM3,000 hingga RM250,000.
- Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 5.50% p.a.
- Ditawarkan kepada kakitangan sektor swasta.
- Penyatuan hutang (debt consolidation).
- Kad kredit percuma jika lulus.
- Tiada caj proses.
- Tiada caj penamatan awal.
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 sebulan.
by Faiz Riziq | May 1, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut. Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.
Beza yang dulu dengan sekarang?
Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan. Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu. Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?
Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar, Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)
Contoh untuk loan kereta,
Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun
Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990
Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:
- Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.
- Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.
- Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.
Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.
Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.
Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?
Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.
Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.
- Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.
- Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.
- Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.
- Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)
- RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.
Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak. Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa. Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut. Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.
Sumber – iCorp Consultancy
by Faiz Riziq | Apr 30, 2020 | Perbankan
KUALA LUMPUR – Institusi perbankan sedang dalam proses memformalkan perjanjian-perjanjian bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan pihak peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap bagi pelaksanaan moratorium 6 bulan untuk pembayaran pinjaman/pembiayaan.
Langkah ini bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian-perjanjian tersebut, termasuk perubahan kepada jadual pembayaran dan/atau jumlah pembayaran berikutan moratorium ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, ia telah meminta institusi perbankan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan peminjam/pelanggan diberikan maklumat yang jelas mengenai proses dan perubahan terhadap syarat perjanjian mereka, selain menetapkan cara paling sesuai dan mudah untuk memuktamadkan perjanjian-perjanjian tersebut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Bermula pada 1 Mei 2020, peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap akan menerima notis pemberitahuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau surat berdaftar daripada institusi perbankan mereka berhubung dengan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyempurnakan proses penangguhan pembayaran pinjaman/pembiayaan mereka di bawah moratorium ini.
Institusi perbankan juga akan menyediakan bagi setiap peminjam/pelanggan maklumat terperinci mengenai perubahan yang dibuat terhadap setiap perjanjian pinjaman sewa beli atau pembiayaan Islam berkadar tetap mereka.
Maklumat tersebut mengandungi jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah/keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium.
Bank Pusat itu menambah, peminjam/pelanggan yang tidak berhasrat untuk mengambil moratorium kini boleh memaklumkan kepada institusi perbankan mereka dan meneruskan semula pembayaran berjadual mengikut syarat perjanjian mereka yang sedia ada.
Dalam hal ini, institusi perbankan akan memberikan masa yang mencukupi kepada peminjam/pelanggan mereka untuk menjelaskan apa-apa bayaran terkumpul/tertunggak yang sebelum ini ditangguhkan di bawah tempoh moratorium.
Institusi perbankan tidak akan mengenakan caj bayaran tertunggak atau bayaran lewat ke atas pembayaran tertangguh tersebut sehinggalah masa pembayaran perlu dibuat mengikut jadual pembayaran semakan yang disetujui dengan peminjam/pelanggan.
Peminjam/pelanggan digalakkan untuk merujuk laman sesawang, portal perbankan internet atau pusat hubungan institusi perbankan mereka untuk maklumat lanjut
by Faiz Riziq | Apr 27, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Akibat penularan wabak Covid-19 serta lanjutan tempoh PKP di Malaysia. AEON Credit kali ini telah memberi kepada pelanggan mereka 1 bulan lagi penangguhan pembayaran pinjaman. Ini kerana ramai orang masih tidak dapat bekerja serta menjalankan perniagaan mereka akibat penularan wabak ini.
Insititut kewangan lain juga telah memberi penangguhan sehingga September 2020 bagi meringankan beban orang ramai yang tidak dapat bekerja dan ada juga yang telah diberhenti kerja akibat perniagaan majikan mereka terjejas ketika ini.
Dibawah ini kenyataan rasmi dari pihak AEON Credit Malaysia.
by Faiz Riziq | Apr 16, 2020 | Luar Negara, English & Other Country
Sepanjang tempoh PKP ini, sering kita dengar beberapa kes penghantar makan persendirian tidak dapat melakukan penghantaran mereka antara sebab tidak mempunyai surat perlepasan atau surat rasmi atau dokumen yang tidak cukup menyebabkan mereka terkandas ketika sekatan jalan raya dijalankan oleh pihak berkuasa.
Malah PKP Fasa Ke-3 ini lebih ketat daripada sebelum ini, sedikit petikan ucapan dari Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob:-
“Kerajaan memutuskan mulai hari ini, sesiapa yang masih ingkar akan terus ditahan untuk dikenakan tindakan mahkamah dan tidak lagi dikompaun seperti fasa pertama dan kedua PKP.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan berdasarkan Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), mahkamah boleh mengenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan kesalahan seterusnya penjara lima tahun”
Ini menyebabkan beberapa perniagaan makanan secara COD tidak dapat dijalankan dengan baik dan menyukarkan mereka untuk berniaga secara atas talian. Disini, pihak kami di I-Corp Consultancy telah meminta nasihat dan cadangan daripada beberapa pegawai pihak berkuasa berkenaan ini.
Pelbagai nasihat dan cadangan telah diterima, pihak kami telah menyediakan contoh surat rasmi untuk pemilik perniagaan serta penghantar makanan untuk jadikan rujukan kepada pihak berkuasa ketika sekatan jalan raya secara PERCUMA.
Pihak kami juga menyarankan beberapa perkara penting iaitu:-
- Penghantar dibenarkan 1 orang 1 kenderaan SAHAJA
- Memakai Mask
- Memakai Sarung Tangan / Glove
- Sentiasa memakai handsanitizer
Pihak kami berharap sedikit pertolongan pihak kami dapat membantu para peniaga makanan atas talian dapat terus berniaga seperti biasa dan mohon pihak tuan/puan dapat memberi satu LIKE di page kami. Semoga anda semua dimurahkan rezeki. Dibawah ini pautan untuk di muat turun. Anda boleh edit seperti biasa mengikut perniagaan dijalankan oleh anda.
DOWNLOAD/MUAT TURUN
PAGE KAMI
Recent Comments