by Faiz Riziq | Dec 1, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
CIMB Group terus memaparkan prestasi mengukuh pada status kewangan sukuan dengan keuntungan bersih RM1.41 bilion bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September lalu. Perolehan ini sekaligus menjadikan prestasi CIMB sepanjang 9 bulan pertama 2022 membawa kepada nilai untung bersih teras kepada RM4.12 bilion. Peningkatan kukuh ini mengikut laporan kewangan dicetuskan oleh aliran pertumbuhan yang baik pada pendapatan operasi meningkat 13.7%
Hasil perolehan juga dilihat telah meningkat kepada RM5 bilion berbanding sebelum ini RM4.4 bilion, selain itu jumlah pinjaman kasar juga telah meningkat 9% kepada RM406.0 bilion dari tahun ke tahun dalam tempoh 9 bulan ini. Ia didorong permintaan yang kuukuh dalam pasaran dan segmen utama ekonomi.
Walaupun memaparkan prestasi yang kukuh, CIMB kekal akui melaksanakan pendekatan berhati-hati susulan terdapat jangkan aliran pinjaman akan terjejas disebabkan kadar faedah yang terus meningkat. Langkah ini wajar diambil untuk seiring dengan hala tuju ekonomi semasa.
Selain persediaan itu, CIMB turut akan melabur RM900 juta bagi meningkatkan medium perbankan bersama sokongan teknologi digital dari semasa ke semasa di pasaran negara.
by Faiz Riziq | Nov 30, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Gergasi peruncitan fesyen Sweden, H&M mengumumkan akan memberhentikan 1,500 pekerja dalam satu langkah untuk menjimatkan kos. Syarikat itu berkata, ia menjangkakan untuk menjimatkan kira-kira dua bilion krona (RM840 juta) setahun, lapor Anadolu Agency.Kos dan program kecekapan global H&M dianggar menghasilkan caj penstrukturan kira-kira 800 juta krona (RM336 juta) pada suku keempat 2022, demikian menurut satu kenyataan.
“Kos dan program kecekapan yang kami laksanakan membabitkan semakan semula organisasi dan kami amat menyedari bahawa rakan sekerja kami akan terkesan dengannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) H&M, Helena Helmersson.
“Kami akan menyokong rakan sekerja untuk mencari penyelesaian sebaik mungkin untuk langkah mereka yang selanjutnya,” tambahnya.
by Faiz Riziq | Nov 30, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Bagi meningkatkan manfaat pasaran modal negara, Bursa Malaysia kini tampil dengan skim menderma sekuriti tersenarai melalui Shares2share – membolehkan pelabur agihkan hasil jualan saham kepada badan kebajikan melalui Yayasan Bursa Malaysia.
Shares2share membolehkan pelabur menderma saham mereka yang disenaraikan di Bursa Malaysia, meliputi lot biasa (board lot) ataupun lot ganjil (odd lot). Skim ini memudahkan pelabur untuk mendermakan lot ganjil mereka dengan lebih mudah bagi meringankan portfolio.
Ini kerana, perdagangan lot ganjil mungkin memerlukan pelabur menanggung kos pembubaran lebih tinggi. Data Bursa sehingga 30 Oktober lalu, menunjukkan terdapat sejumlah 80.8 juta unit saham lot ganjil dalam akaun Perkhidmatan Depositori Pusat (CDS) kini direkodkan.
Melalui pengenalan skim ini, sebahagian rekod itu berupaya didermakan untuk tujuan amal.
Untuk makluman, usaha pengenalan skim ini bagi peringkat awal akan melibatkan beberapa penyertaan badan kebajikan terpilih bersama sokongan Suruhanjaya Sekuriti (SC) antaranya;
- Cancer Research Malaysia
- Hope Mission Welfare Society of Teluk Intan Perak
- Malaysian Relief Agency Foundation
- Mercy Malaysia
- National Cancer Society Malaysia
- Pertubuhan Kebajikan Mental Selangor
- The Pure Life Society
- United Voice
- Yayasan Orang Buta Malaysia
Dan dijangka jumlah badan amal itu akan mengalami pertambahan dari semasa ke semasa.
by Faiz Riziq | Nov 29, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bermula 6 Disember 2022 kelak, Maybank memaklumkan akan menerapkan kaedah pengesahan baharu untuk transaksi melalui JomPAY dan FPX pada aplikasi MAE. Ini bermakna tidak sekadar JomPay, namun pembayaran melalui FPX turut akan menerima pengesahan Secure2u. Sementara perolehan SMS TAC pula hanya akan diterima bagi transaksi FPX, manakala JomPay pula tidak lagi menerimanya.
Langkah sedemikian sekaligus memerlukan para pengguna untuk mengaktifkan aplikasi MAE bagi tujuan meningkatkan lagi keselamatan transaksi bersama Maybank. Maka para pengguna dinasihati beralih ke aplikasi MAE untuk meluluskan JomPAY dan pembayaran FPX melalui Secure2u.
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian pengguna, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan dalam kalangan pengguna negara. Sebarang maklumat lanjut, para pengguna boleh layari pautan rasmi Maybank untuk penjelasan seterusnya.
by Faiz Riziq | Nov 29, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Berlandaskan konsep membenarkan orang awam untuk melabur serendah 5 sen daripada wang tunai perbelanjaan harian mereka, aplikasi Raiz kini berjaya memiliki 600,000 penyertaan pengguna pada platform pelaburan bersama jumlah pelaburan RM40 juta.
Lebih menarik daripada jumlah tersebut seramai 110,000 pengguna ditakrifkan sebagai pengguna aktif platform.
Untukk makluman akses memberi peluang kepada orang ramai melabur serendah 5 sen itu akan disalurkan pada pelaburan dana amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), ekoran kemudahan ini dibangunkan bersama PNB dibawah anak syarikatnya Jewel Digital Ventures yang telah melancarkan aplikasi Raiz pada Julai 2020 lalu.
Menerusi momentum positif ini, Raiz melihat ia sekadar memberi kelebihan kepada semua pihak untuk melabur tetapi turut menerapkan pendidikan bahawa semua pengguna boleh melabur tanpa menjejaskan tabiat perbelanjaan harian mereka.
Berdasarkan laporan, dalam tempoh 2 tahun diperkenalkan ternyata 88% daripada pengguna pelaburnya terdiri daripada kumpulan yang berusia 18 tahun hingga 43 tahun. Ini petanda baik untuk literasi kewangan negara akan perluasan pemahaman belia terhadap kemudahan ekonomi semasa.
Seterusnya para pengguna juga tidak sekadar dapat menikmati kemudahan berlabur serendah 5 sen namun turut dapat meraih manfaat ganjaran tunai melalui Raiz Rewards sekiranya berbelanja di Shopee dan Lazada. Langkah ini baik untuk pengguna menerima pulangan di samping menyokong arena e-dagang negara.
Recent Comments