Dalam usaha meningkatkan sistem sokongan dan kebajikan rakan pemandu serta penghantar, Grab Malaysia mengumumkan pelaburan lebih RM10 juta pada tahun ini. Pelaburan ini akan digunakan untuk memperbaharui program GrabBenefits, yang bertujuan memberi lebih banyak manfaat kepada mereka yang menjana pendapatan melalui platform ini.
Sejak dilancarkan pada 2017, GrabBenefits telah membantu ramai pemandu dan penghantar mendapatkan pelbagai keistimewaan. Kini, program ini diperkukuh berdasarkan maklum balas daripada komuniti rakan Grab sendiri. Antara inisiatif utama yang bakal diperluaskan termasuk:
- Peningkatan kemahiran – Kerjasama dengan badan kerajaan dan institusi pendidikan untuk membuka lebih banyak peluang peningkatan kemahiran.
- Perlindungan sosial – Melanjutkan kemudahan serta penajaan separa di bawah PERKESO SPS Gig untuk memastikan rakan pemandu dan penghantar mendapat perlindungan yang lebih baik.
- Transformasi Grab Driver Centres – Menukar pusat khidmat pelanggan Grab menjadi hab latihan dan komuniti untuk rakan pemandu dan penghantar.
- Sokongan khas untuk wanita dan OKU – Menyediakan insentif dan kemudahan khusus bagi rakan Grab wanita serta mereka yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).
Selain itu, Grab turut memperluaskan manfaat dalam lima kategori utama, termasuk insurans, perlindungan sosial dan takaful, tawaran harian, peluang akademik, penyelesaian kewangan gig, serta pembangunan komuniti. Dengan penambahbaikan ini, bukan sahaja hak dan kebajikan rakan pemandu serta penghantar semakin terjamin, malah ia juga membuka peluang untuk mereka meningkatkan taraf hidup secara berterusan.
Inisiatif ini membuktikan komitmen Grab dalam membina ekosistem ekonomi gig yang lebih mampan dan inklusif, memastikan setiap rakan pemandu dan penghantar mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk berjaya.
Recent Comments