Seperti umum sedia maklum, menjelang 2045 dijangka 1 dalam 7 penduduk di Malaysia adalah mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Menyedari populasi negara ke arah menua, kini didapati terdapat 11 daerah baharu di Malaysia telah memasuki senarai kategori populasi menua tersebut. Lebih membimbangkan, senarai itu secara langsung telah menjelaskan semua daerah di Perak dan Kedah kini terlibat dalam kategori masyarakat menua. Data ini seiring dengan pengukuran yang dilaksanakan United Nations iaitu terdapat 3 kategori penuaan ditetapkan. Merangkumi masyarakat menua (7%), masyarakat tua (14%) dan masyarakat sangat tua (20%).

Pada penanda aras itu, ia bermakna semua daerah di Perak dan Kedah telah lebihi 7% populasi menua. Mengikut data DOSM di bawah Anggaran Penduduk Semasa Mengikut Daerah Pentadbiran 2024 ini, secara menyeluruh penduduk negara yang berusia 60 tahun dan lebih telah memaparkan peningkatan secara berkala pada setiap tahun. Sebagai perincian, penduduk berumur 60 tahun ke atas pada 2024 telah meningkat kepada 11.6% berbanding 11.3% (2023). Manakala penduduk berumur 65 tahun ke atas pula telah meningkat kepada 7.7% berbanding 7.4% pada 2023.

Jumlah peratusan ini secara jelas hampir menyamai populasi penuaan yang dikuat kuasakan di bawah Dasar Warga Emas Negara (DWEN). Di mana penuaan ialah apabila penduduk berusia 60 tahun ke atas mencapai 15% daripada jumlah penduduk negara.

Melihat pada peningkatan peratusan tersebut, sekaligus menuntut peranan pentadbiran untuk meluaskan lagi akses meliputi sosial, kesihatan dan ekonomi kepada rakyat negara. Adanya langkah persediaan tersebut ia berupaya tidak mengugat produktiviti serta kecekapan pasaran negara di masa mendatang.

Ini senarai 11 daerah baharu menua yang dimaklumkan;

  • Beluru, Sarawak (7.5%)
  • Mukah, Sarawak (7.2%)
  • Telang Usan, Sarawak (7.2%)
  • Kuala Langat, Selangor (7.2%)
  • Sepang, Selangor (7.2%)
  • Muallim, Perak (7.2%)
  • Segamat, Johor (7.1%)
  • Tumpat, Kelantan (7.1%)
  • Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (7.1%)
  • Tenom, Sabah (7.1%)
  • Kuala Selangor (7.1%)
Online
Hi! Boleh kami bantu?