Pembukaan perolehan kredit eMADANI bernilai RM100 sejak 4 Disember, dilihat telah mendapat sambutan yang membrangsangkan oleh seluruh penduduk dewasa Malaysia – apabila didapati pada tempoh tersebut lebih 7 juta permohonan telah diraih oleh penyedia dompet digital terpilih iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan TnG eWallet.

Namun begitu, didapati segelintir pihak berdepan isu permohonan ditolak berikutan pihak ini tidak mendaftar cukai pendapatan menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum 15 Julai pada tahun ini.Tindakan itu sekaligus tidak melayakkan penduduk dewasa, meskipun individu memenuhi kriteria berusia 21 tahun ke atas dan miliki pendapatan setahun kurang daripada RM100,000 seperti yang digariskan.

Dan dimaklumkan sekiranya individu terbabit baru sahaja mendaftar cukai pendapatan tersebut selepasa 15 Julai – kumpulan ini kekal tidak layak untuk menebus kredit e-tunai RM100 tersebut. Buat pengetahuan umum, perkara ini telah dijelaskan pada setiap kelayakan ketika memohon kredit eMADANI di setiap penyedia dompet digital TNG eWallet, ShopeePay, MAE dan Setel. Butirannya seperti berikut:

 

 

Maka bagi individu yang layak, penawaran kredit e-tunai RM100 ini kekal tersedia buat anda sehingga 20 Februari 2024 dan dimaklumkan penggunaan kredit tersebut sah sehingga 29 Februari 2024 kelak. Sebarang maklumat lanjut boleh layari penyedia dompet digital terlibat untuk tindakan seterusnya.

 

Siapa yang perlu isytihar cukai pendapatan?

  • Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual/membeli hartanah

Ini cara mendaftar nombor percukaian pendapatan:

  • Pendaftaran no. cukai pendapatan boleh dibuat secara atas talian melalui aplikasi e-Daftar di https://mytax.hasil.gov.my/; atau
  • manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) yang berdekatan
Online
Hi! Boleh kami bantu?