Bertepatan dengan aturan Belanjawan 2024 sebelum ini, permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR) kini dibuka bermula hari ini (1 November) dan dimaklumkan tempoh permohonan akan tersedia sepanjang tahun untuk memudahkan rakyat negara. Melalui pembukaan ini, dijangka sekitar 60% daripada penduduk dewasa Malaysia bakal meraih manfaat bantuan tunai ini bersama peningkatan jumlah peruntukan RM2 bilion (25%) kepada RM10 bilion.

Berdasarkan perkongsian Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pembentangan bajet lalu, didapati kadar maksimum STR akan meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700. Selain itu, bayaran pertama STR untuk isi rumah turut akan dinaikkan kepada RM500 dan akan diagihkan sebelum sambutan Ramadan kelak. Diikuti kadar minimum STR buat golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Secara menyeluruh terdapat 4 fasa agihan bayaran STR iaitu bermula Februari 2024, April 2024, Ogos 2024 dan November 2024. Maka untuk maklumat lanjut, semua pihak boleh layari pautan STR 2024 untuk memahami lanjut perolehan bantuan tunai tersebut.

PERMOHONAN DISINI

Online
Hi! Boleh kami bantu?