Bermula suku pertama 2024, para pengguna Touch ‘n Go eWallet dibolehkan untuk menerima akses menyertai dan mengambil bahagian dalam pelbagai produk pelaburan yang disenaraikan di Bursa Malaysia di bawah ciri GOinvest. Ketersediaan platform pelaburan tersebut akan memboleh pelabur untuk melabur dengan lancar dan berupaya memantau portfolio GOinvest mereka dengan lebih cekap pada satu aplikasi sahaja.

Pelaksanaan akses ini telah dicapai hasil kesepakatan Bursa Malaysia, TNG Digital bersama Affin Hwang Investment Bank pada sidang Memorandum Kerjasama hari ini, untuk membolehkan para pelabur runcit mengambil bahagian dalam pasaran saham menerusi platform TNGD.

Berdasarkan ketersediaan platform pelaburan saham digital di GOinvest kelak, Bursa menyasarkan sekitar 100,000 akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) akan diraih dalam tempoh setahun setelah ia dilancarkan. Melalui aturan ini sekaligus akan merancakkan penyertaan pengguna dalam pasaran modal Malaysia secara berperingkat.

Secara umumnya, Bursa kini memiliki sejumlah 3.14 juta pemegang akun CDS dan daripada jumlah itu sekitar 2.12 juta adalah akaun CDS runcit dengan hanya 1.4 juta akaun sahaja terlibat secara aktif dalam urusan perdagangan.

Online
Hi! Boleh kami bantu?