Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi pengukur kepada paras inflasi utama Malaysia kini memaparkan prestasi inflasi Malaysia bagi Jun 2023 telah semakin menurun, mereda kepada 2.4%. Angka ini untuk makluman semua, adalah paras inflasi paling terendah dalam tempoh 6 bulan 2023.

Berdasarkan pemerhatian data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, meskipun paras tersebut telah mereda namun masih terdapat beberapa kenaikan berlaku pada paras inflasi Jun 2023 ini berbanding Mei 2023 antaranya didorong oleh Restoran & Hotel yang mencatatkan 5.4%, diikuti Makanan & Minuman Bukan Alkohol pula 4.7%.

Diikuti kumpulan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.6%), Kesihatan (2.0%) dan Pendidikan (1.9%). Manakala Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain dan Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan pula masing-masing meningkat 1.8 peratus dan 1.6%. Ini dikuti oleh Minuman Alkohol & Tembakau (0.6%) dan Pakaian & Kasut (0.1%).

Selain itu, komponen Makan Di Rumah pula telah menurun perlahan kepada 3.2% pada Jun 2023 berbanding 4.3% yang direkodkan bulan Mei sebelumnya. Namun paras ini jelas masih didorong kenaikan oleh peningkatan Susu, keju & telur (6.0%), Beras, roti & bijirin lain (5.3%), Daging (5.2%) dan Gula, jem, madu, coklat & manisan (3.6%). Manakala, bagi komponen Makanan Di Luar Rumah turut mereda kepada 6.8 peratus berbanding 8.1% yang direkodkan pada Mei 2023.

Bagi paras inflasi mengikut negeri pula – didapati 6 negeri mencatatkan paras inflasi lebihi paras nasional iaitu Sarawak (3.0%), Pahang (2.9%), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.8%), Selangor (2.7%), Perak (2.7%) dan Melaka (2.7%).

Manakala sebagai perbandingan bersama negara luar yag terpilih – Malaysia mencatatkan kadar inflasi yang lebih rendah berbanding Zon Euro (5.5%), Filipina (5.4%), Indonesia (3.5%), Amerika Syarikat (3.0%) dan Republik Korea (2.7%).

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?