Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah memberi gambaran awal untuk meluaskan insiatif Rahmah bersama sektor korporat seperti perbankan dan insurans. Pada langkah perluasan, dimaklumkan terdapat syarikat insurans memberi maklum-balas positif berhubung agenda tersebut. Antaranya melibatkan syarikat Etiqa. Meskipun perbincangan masih di peringkat awal – KPDN memberi gambaran inisiatif tersebut akan menampilkan tawaran pelindungan melibatkan kenderaan, perumahan, hartanah serta pelindungan seumpamanya.
Melalui potensi sokongan bersama Etiqa ini, pihak kementerian menyasarkan impak kerjasama tersebut bakal memberi kesan domina kepada semua sektor perbankan dan insurans iaitu dengan menawarkan usaha yang sama kepada rakyat Malaysia.
Berhubung inisiatif ini pada perbankan pula, KPDN menjangkakan perbincangan awal akan mula dilaksanakan pada minggu hadapan bersama pemain industri. Susulan itu, pihak kementerian akan memaklumkan perkembangan lanjutan kerjasama tersebut dari semasa ke semasa kepada umum kelak.
Recent Comments