Menjelang hari pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari ini, terdapat gambaran bahawa peruntukan untuk bajet kali ini akan dikurangkan – susulan situasi negara tidak boleh bertahan dengan defisit yang tinggi.

Berlandaskan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan negara pada sidang media semalam menjelaskan – sejauh mana pentadbiran mampu untuk kurangkan bajet, langkah sedemikian dijamin tidak akan membebankan program pembangunan negara.

Bagaimanapun, kenyataan awal itu pada laporan tidak memperincikan ‘pengurangan’ yang bakal berlaku pada bajet kali ini. Sekadar imbasan, pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini telah mengetengahkan jumlah peruntukan bajet yang paling terbesar dalam sejarah negara iaitu sekitar RM372.3 bilion.

Peningkatan peruntukan ini dilihat telah berlaku sejak tahun 2021, susulan usaha negara bangkitkan semula ekonomi kesan tekanan pandemik COVID-19. Namun untuk bajet kali ini jumlah baharu itu hanya akan diketahui pada akhir Februari kelak.

Online
Hi! Boleh kami bantu?