Apa akan terjadi pada hutang atau pinjaman saya jika saya mati awal? Ini adalah soalan penting yang sering tidak diendahkan oleh peminjam. Terdapat kejadian di mana peminjam meninggal dunia secara tiba-tiba dan meninggalkan baki hutang pinjaman yang banyak. Ahli keluarga dan waris yang sedang bersedih tiba-tiba dikejutkan apabila pengutip hutang meminta mereka untuk menyelesaikan baki pinjaman tersebut. Dari sudut kemanusiaan, perkara ini kelihatan salah. Tetapi bagaimana pula dari segi undang-undang? Adakah pengutip hutang itu melakukan tindakan yang boleh didakwa?
Bagaimana proses ini dilaksanakan di Malaysia?
Ini persoalan yang begitu mudah yang masih menjadi tanda tanya kepada kebanyakan masyarakat. Secara amnya, perkara yang akan berlaku kepada harta pusaka kita apabila kita mati adalah ia akan dikumpulkan dalam sesuatu yang bergelar ‘estet’ yang akan dikawal selia oleh seorang ‘pelaksana’. Pelaksana akan dilantik menerusi wasiat ataupun oleh pihak mahkamah.
Terdapat beberapa pihak yang akan menuntut estet anda sebelum dibahagikan kepada waris. Antaranya adalah :
- Perbelanjaan pengebumian
- Bayaran atau yuran pelaksana
- Cukai tertunggak
- Pemuitang terjamin dan tidak terjamin
Pemiutang mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengutip baki pinjaman menerusi estet. Jika pinjaman anda dijamin menerusi aset (contohnya rumah), pemiutang akan mengambil aset tersebut untuk menyelesaikan baki pinjaman. Setelah selesai semuanya, baki estet akan dibahagikan mengikut wasiat, Akta Pembahagian (jika tiada wasiat) atau Sijil Faraid bagi yang Muslim.
Untuk mengira baki estet atau nilai harta adalah (Jumlah aset – Jumlah Hutang = Nilai Harta). Jumlah aset merangkumi aset yang sedia ada seperti rumah, duit simpanan. Jumlah hutang pula termasuk komitmen pinjaman anda seperti kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi (termasuklah pinjaman wang berlesen), pinjaman rumah dan lain-lain.
Jadi, adakah keluarga atau waris perlu membayar hutang pinjaman apabila saya mati?
Tidak, kerana pemiutang hanya akan mengejar aset dan estet sahaja. Jika nilai aset melebihi nilai hutang, maka semua hutang akan selesai dan baki estet akan dibahagikan kepada penama atau waris. Tetapi, jika nilai estet tidak mencukupi untuk menyelesaikan hutang, pemiutang perlu menanggung kerugian kerana mereka tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap ahli keluarga anda, melainkan ahli keluarga tersebut adalah penjamin atau peminjam bersama.
Hibah sebagai pelindung?
Jadi untuk merancang kewangan masing-masing. Dapatkan hibah untuk keluarga anda agar keluarga anda mampu menjalani kehidupan dan menyelesaikan hutang-hutang anda ketika anda hidup. Perancangan kewangan anda harus bermula dari sekarang. Bertindak segera. Hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.
Perkongsian bagus