28,000 Unit Rumah Sudah Siap Tidak Terjual – RM18.41 Billion

28,000 Unit Rumah Sudah Siap Tidak Terjual – RM18.41 Billion

Secara menyeluruh didapati jumlah kediaman yang telah siap dibina, yang tidak terjual ketika ini adalah hampir 28,000 unit – dengan nilai RM18.41 bilion. Perkongsian ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Laporan Pasaran Harta 2022 telah memaparkan penurunan yang positif untuk tindakan jualan 2022 berbanding suku pertama tahun 2022 dengan angka lebih 35,000 unit yang tidak terjual.

Sebagai perbandingan jumlah ini turut memaparkan penurunan sekitar 24.7%, diikuti penurunan 19.2% dari aspek nilai berbanding tahun 2021. Sementara jumlah kediaman mengikut negeri pula jelas menunjukkan Johor terus rekod unit kediaman tertinggi yang masih tidak terjual dengan lebih 5,000 unit kediaman, diikuti Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur pada kitaran lebih 3,000 unit rumah tidak terjual.

Manakala bagi pecahan jenis kediaman pula, didapati hampir 62% kediaman siap yang tidak terjual adalah unit pangsapuri dan kondominium. Pecahan harga pula menunjukkan hampir 50% unit rumah bernilai lebih RM500,000 tidak terjual dan 23.5% pula kediaman bernilai RM300,000 dan ke bawah.

Pasukan Khas Tangani Inflasi Dihentikan Kerana Tidak Efektif

Pasukan Khas Tangani Inflasi Dihentikan Kerana Tidak Efektif

Tahun lalu, pada akhir Jun 2022 – bagi menangani isu sekuriti makanan segera sebuah Pasukn Khas Jihad Tangani Inflasi telah dibentuk oleh pentadbiran lalu. Kini penubuhan pasukan tersebut diumumkan telah dibubar.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada sidang Parlimen, tindakan ini susulan pendekatan tersebut tidak memberi kesan yang efektif pada langkah negara untuk menangani kadar inflasi di Malaysia. Sehubungan itu, tiada lanjutan pada jawatankuasa tersebut.

Selain isu inflasi, KPDN juga kekal meneruskan langkah berhubung kenaikan tarif elektrik yang dikenakan kepada pengguna bervoltan sederhana (MV) dan tinggi (Hv) dalam kalangan industri – untuk membolehkan harga barangan dapat diturunkan. Usaha berterusan ini akan membantu rakyat meningkatkan kuasa beli mereka di samping membantu negara meningkatkan aliran perbelanjaan pada sektor ekonomi.

Kerajaan Akan Teliti Untuk Pinjaman Khas Untuk B40

Kerajaan Akan Teliti Untuk Pinjaman Khas Untuk B40

Menyedari pendekatan di bawah konsep Rahmah berupaya membantu golongan B40, dan kumpulan berkeperluan miliki aliran tunai yang lebih baik – kerajaan kini bercadang meluaskan usaha tersebut bersama syarikat kewangan, termasuklah perbankan untuk tawaran pinjaman khas.

Usaha melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) buat masa ini sedang diteliti bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Setakat ini perbincangan telah disemak bersama MBSB Bank dan kelak akan diperluas bersama pemain industri kewangan lain.

Selain bank, mengikut laporan BH usaha ini turut berpotensi diperluas bersama penyedia insurans dengan pertimbangan cadangan skim perlindungan khas. Bagaimanapun usaha ini akan dimaklumkan secara berperingkat kepada umum setelah mencapai kata sepakat bersama pentadbiran dan pemain industri.

Dividen RM40 Billion Dibayar Pada Kerajaan – Petronas

Dividen RM40 Billion Dibayar Pada Kerajaan – Petronas

Selepas memaparkan prestasi cemerlang pada laporan kewangan menyeluruh dengan meraih pendapatan RM375.3 bilion dan keuntungan bersih RM101.6 bilion. Disasarkan PETRONAS berpotensi menyumbang sehingga RM40 bilion kepada kerajaan persekutuan pada tahun ini. Sasaran itu mengikut laporan Bernama meliputi sumbangan dalam bentuk dividen kepada negara dijangka antara RM35 bilion sehingga RM40 bilion.

Bagaimanapun jumlah agihan itu akan dimuktamadkan setelah kumpulan mengambil-kira berdasarkan kemampuan serta pemantauan pada obligasi hutang, pelaburan serta keperluan tadbir urus operasi. Buat pengetahuan umum, tahun 2022 PETRONAS telah melaksana pembayaran RM50 bilion dividen kepada pentadbiran negara, diikuti beberapa keperluan pembayaran melibatkan cukai dan petroleum.

 

 

Sumbangan Tunai Rahmah B40 Sebelum Aidilfitri

Sumbangan Tunai Rahmah B40 Sebelum Aidilfitri

Bagi memastikan aliran tunai rakyat negara terus terpelihara, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan agihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 akan dilaksanakan sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengagihan bantuan tunai yang dijangka pada pertengahan Ramadan ini akan dikreditkan kepada golongan B40 secara terus dalam akaun bank mereka. Oleh itu bagi penerima yang layak, dinasihatkan untuk laksana permohonan bantuan tunai sebelum 31 Mac ini – bagi memastikan pengagihan bantuan tunai ini dapat dikreditkan pada tempoh yang ditetapkan.

Mengikut perkongsian PM Anwar pada hari ini, setakat pertengahan Mac didapati terdapat 320,103 permohonan baharu telah direkodkan negara di bawah insiatif STR. Untuk makluman bagi fasa 1 sejumlah RM1.67 bilion telah diperuntukan negara untuk agihan tunai tersebut.

Online
Hi! Boleh kami bantu?