Pekerja Amazon Bakal Diberhentikan Lebih 17,000

Pekerja Amazon Bakal Diberhentikan Lebih 17,000

Lanjutan daripada rancangan syarikat teknologi Amazon untuk memberhentikan sebahagian pekerjanya, kini diteruskan apabila terdapat rancangan sekitar lebih 17,000 pekerjanya akan terjejas. Mengikut laporan Wall Stret Journal, antara bahagian yang bakal terkesan meliputi segmen korporat syarikat tersebut. Menerusi langkah ini, ia tidak sekadar menandakan persiapan kumpulan untuk mengikuti aliran tekanan kos operasi dan ekonomi yang lebih perlahan.

Namun ia juga dilihat sebagai tindak-balas operasi untuk menggandakan siling gaji asas syarikat kepada petugas. Seperti umum sedari, tahun lalu Amazon telah memaklumkan akan menamatkan jumlah petugas sekitar 10,000 namun jumlah terbaharu ini dilihat jauh lebih tinggi daripada perancangan awalnya.

Saham Serba Dinamik Digantung, Gagal Kemukakan Laporan Tahunan

Saham Serba Dinamik Digantung, Gagal Kemukakan Laporan Tahunan

Setelah diberi lanjutan masa untuk mengemukakan penyata kewangan bersama laporan juruaudit bagi penilaian kewangan berakhir 30 Jun lalu, Serba Dinamik kini gagal mengemukakannya. Ini bermakna mulai (23 Disember) saham urus niaganya akan digantung.

Mengikut makluman kepada Bursa Malaysia, fasa audit itu masih belum selesai kerana terdapat beberapa isu berbangkit. Pihaknya menjelaskan akan laksana pengumuman seterusnya jika terdapat perkembangan kelak. Disebabkan gagal kemukakan laporan tahunan 2022 pada hari ini (22 Disember) maka dagangan saham Serba Dinamik akan digantung pada jam 9 pagi esok sehingga notis selanjutnya dimaklumkan Bursa.

OCBC Kill Switch, Bekukan Akaun Serta Merta

OCBC Kill Switch, Bekukan Akaun Serta Merta

Dalam menangani masalah scam yang makin berleluasa, kini OCBC perkenal sebuah ciri baharu, dinamakan OCBC Kill Switch. Melalui ciri ini, pengguna boleh mengaktifkannya, sekaligus ia akan membekukan akaun bank dan juga kad pengguna tersebut. Ini sekaligus mengelak sebarang transaksi wang keluar berlaku pada akaun dan kad pengguna tersebut.

Dengan langkah ini, pengguna boleh mengambil langkah proaktif dan membekukan akaun mereka apabila mereka mendapati sebarang aktiviti yang mencurigakan berlaku. Sebaik sahaja ia diaktifkan, semua transaksi akan dibekukan, termasuk secara digital, melalui ATM, atau cawangan OCBC.

Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu membuat panggilan ke talian 03-8317 5000 dan memilih pilihan “8”. Pengguna juga seterusnya boleh nyah-beku OCBC Kill Switch, dan mengembalikan akaun mereka seperti biasa selepas itu.

Ekonomi Dunia Meleset Pada 2023 – IMF

Ekonomi Dunia Meleset Pada 2023 – IMF

Tahun 2023 ketika ini digambarkan bakal menjadi tahun yang sukar buat ekonomi dunia, apabila satu pertiga daripadanya dijangka berdepan kemelesetan.Jangkaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) itu didasari pada aliran ekonomi besar seperti Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan China yang disasar akan bergerak lebih perlahan pada tahun ini.

Situasi tersebut secara langsung akan memberi kesan kepada negara-negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, antaranya Malaysia. Selain tekanan inflasi, kadar faedah, perang perdagangan dan ketirisan sumber – ekonomi global turut dibebani dengan penularan COVID-19 di China yang kekal meruncing. Rentetan tekanan ketidaktentuan ini, menurut laporan CBC IMF telah bertindak mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2023 pada Oktober lalu kepada sekitar 2.7%.

Online
Hi! Boleh kami bantu?