by Faiz Riziq | Dec 5, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Selari dengan langkah penggunaan SecureTAC sepenuhnya menjelang suku pertama 2023, CIMB kini memulakan langkah menerapkan kaedah keselamatan itu pada aplikasi CIMB Clicks dan CIMB OCTO untuk kelulusan transaksi RM100 dan ke atas.
Malah bermula 5 Disember ini, penerapan SecureTAC turut akan dikuatkuasakan pada transaksi RM100 dan ke atas yang dijalankan di laman web CIMB Clicks. Ini merangkumi aktiviti pemindahan dana, pembayaran bil dan tambah nilai prabayar.
CIMB juga turut bercadang untuk melanjutkan pengesahan SecureTAC ini bagi tindakan transaksi RM100 ke bawah namun langkah itu didapati akan berlaku pada suku pertama 2023 kelak.
Selain menaiktaraf kaedah keselamatan ini, CIMB mulai 26 Disember kelak akan melaksanakan proses pengesahan baharu ke atas pelanggan baharu atau pelanggan yang mengaktifkan aplikasi perbankan di peranti pintar baharu dengan pengesahan panggiilan.
Ini bermakna pengaktifan aplikasi CIMB Clicks dan CIMB OCTO hanya akan berlaku setelah pengguna menerima panggilan pengesahan pendaftaran dari perbankan dalam tempoh 24 jam. Jika tidak menerima sebarang pengesahan panggilan, ID CIMB Clicks pengguna akan dinyahaktifkan sebagai langkah keselamatan.
Maka untuk memahami penjelasan lanjut, para pelanggan boleh merujuk kepada laman rasmi CIMB Clicks atau hubungi pusat perhubungan di talian +603-6204 7788.
by Faiz Riziq | Dec 5, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Tiada pihak yang menyangka tahun 2022 akan menjadi detik yang sukar buat industri kripto, apabila didapati terdapat 5 syarikat kripto utama diisytiharkan muflis sepanjang tahun ini. Antaranya adalah FTX, BlockFi, Three Arrows Capital (3AC), Voyager Digital dan Celcius Network.
Mengikut perincian Reuters ini, FTX telah alami kejatuhan susulan penyaluran deposit pelanggan kepada firma perdagangan gabungannya Alameda Research mengakibatkan sejumlah pengeluaran $6 bilion berlaku dalam tempoh 72 hari. Ini sekaligus mengakibatkan FTX diisytihar muflis seminggu selepas tindakan gabungannya bersama Binance gagal.
Kejatuhan tersebut secara langsung turut memberi kesan kepada BlockFi, susulan bergantung kepada kemudahan kredit FTX bernilai $400 juta. Seterusnya Three Arrows Capital (3AC) turut diisytiharkan bankrap selepas kejatuhan kriptowang Luna dan TerraUSD. Pengisytiharan tersebut turut memberi kesan kepada Voyager disebabkan kegagalan 3AC membayar pinjaman kripto bernilai lebih $650 juta.
Selain 3AC, Celcius Network turut alami kejatuhan rentetan isu Luna dan TerraUSD, yang turut membawa kepada status muflis pada Julai lalu.
by Faiz Riziq | Dec 1, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
CIMB Group terus memaparkan prestasi mengukuh pada status kewangan sukuan dengan keuntungan bersih RM1.41 bilion bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September lalu. Perolehan ini sekaligus menjadikan prestasi CIMB sepanjang 9 bulan pertama 2022 membawa kepada nilai untung bersih teras kepada RM4.12 bilion. Peningkatan kukuh ini mengikut laporan kewangan dicetuskan oleh aliran pertumbuhan yang baik pada pendapatan operasi meningkat 13.7%
Hasil perolehan juga dilihat telah meningkat kepada RM5 bilion berbanding sebelum ini RM4.4 bilion, selain itu jumlah pinjaman kasar juga telah meningkat 9% kepada RM406.0 bilion dari tahun ke tahun dalam tempoh 9 bulan ini. Ia didorong permintaan yang kuukuh dalam pasaran dan segmen utama ekonomi.
Walaupun memaparkan prestasi yang kukuh, CIMB kekal akui melaksanakan pendekatan berhati-hati susulan terdapat jangkan aliran pinjaman akan terjejas disebabkan kadar faedah yang terus meningkat. Langkah ini wajar diambil untuk seiring dengan hala tuju ekonomi semasa.
Selain persediaan itu, CIMB turut akan melabur RM900 juta bagi meningkatkan medium perbankan bersama sokongan teknologi digital dari semasa ke semasa di pasaran negara.
Recent Comments