Pelabur Di Malaysia Tunggu Dan Lihat – Sampai Kerajaan Baru Dibentuk

Pelabur Di Malaysia Tunggu Dan Lihat – Sampai Kerajaan Baru Dibentuk

Politik Malaysia terus melakarkan sejarah, apabila hasil proses mengundi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) telah membawa kepada penggantungan Parlimen negara buat pertama kalinya. Di mana memperlihatkan PH dengan 82 kerusi, PN 73 kerusi dan BN 30 kerusi diikuti 35 kerusi untuk parti lain.

Kedudukan tersebut secara langsung jelas akan membawa kepada pembentukan ‘Kerajaan Gabungan’ buat pertama kali di Malaysia. Situasi ini bermakna akan membawa impak yang besar dalam perubahan dasar dan pasaran ekonomi negara.

Melihat pada kesan tersebut, perkongsian pemerhati ekonomi i-CATS University College menjangkakan ekonomi Malaysia akan mengukuh namun senario ini akan menjejaskan sentimen para pelabur negara. Pelabur kemungkinan akan terus ambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga kerajaan baharu dibentuk.

Malah situasi ini turut disokong ahli penganalisis Maybank Investment yang menjangkakan ‘pakatan tidak diduga’ itu boleh memberi kesan kepada status ekonomi negara untuk suatu tempoh meskipun ia kekal stabil.

Akan tetapi sebarang perubahan tampuk pimpinan negara, para pemerhati ekonomi melihat usaha memperkasakan dasar kewangan dan belanjawan Malaysia wajar diutamakan demi kepentingan rakyat negara yang kini berdepan paras inflasi 4.5% diikuti kadar faedah di paras 2.75%. Adanya usaha meluluskan Bajet 2023 kelak ini akan membawa kelegaan pada hala tuju Malaysia di masa hadapan.

Ringgit Malaysia Makin Susut

Ringgit Malaysia Makin Susut

Ringgit jatuh lagi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan ini, ia secara langsung meneruskan aliran penurunan nilainya sejak minggu lalu. Penyusutan tersebut dilihat kesan penggantungan Parlimen hasil keputusan PRU15 yang menjejaskan sentimen keyakinan para pelabur.

Setakat jam 9 pagi hari ini (21 November) nilai mata wang tempatan telah susut 290 mata asas (bps) kepada 4.5780/5880 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.5490/5565.

Pinjaman Bank Meningkat Sehingga 6% Pada 2023

Pinjaman Bank Meningkat Sehingga 6% Pada 2023

Aliran pinjaman bank kelak dilihat akan terus meningkat dan berkembang sehingga 6% pada tahun 2023. S&P Global Ratings pada pemerhatian prospek 2023 melihat pertumbuhan itu dapat diraih susulan sasaran ekonomi Malaysia akan stabil hasil permintaan pengguna dan operasi perniagaan negara yang dijangka semakin meningkat.

Untuk makluman paras KDNK negara disasarkan mencapai 6.6% pada tahun ini bersama purata 4.5% dalam tempoh 3 tahun mendatang. Tambahan pertumbuhan Malaysia akan terus mampan bersama jangkaan pengukuhan modal dan peruntukan negara.

Bagaimanapun S&P kekal akui, tahun 2023 akan menampilkan kadar faedah, inflasi yang lebih tinggi sehingga berisiko menjejaskan permintaan kredit. Khususnya ke atas pengguna berpendapatan rendah dan usahawan kecil. Akan tetapi kehadiran bank digital yang dijangka beroperasi pada tahun 2023 dilihat akan menyeimbangkan permintaan pinjaman negara berdasarkan kesesuaian kemampuan pengguna.

 

P/S: Kepada pembaca yang nak buat pinjaman bank, boleh melalui pihak kami di KMC. Boleh terus tekan button Whatsapp sebelah kanan dibawah ya.

China Dan AS Capai Kestabilan Ekonomi

China Dan AS Capai Kestabilan Ekonomi

Amerika Syarikat (AS) dan China kini mengambil pendekatan untuk mengelakkan dari sebarang konflik Perang Dingin berlaku. Jaminan ini dikongsikan kedua pihak pada pertemuan sidang kemuncak negara G20 (Kumpulan 20) di Bali pada minggu ini.

Pertemuan Presiden Joe Biden dan Presiden Xi Jinping itu mengikut laporan pemerhati ekonomi, akan menjadi langkah permulaan untuk kedua negara mengurangkan ketegangan antara pentadbiran negara.

Kedua pihak menzahirkan untuk laksana ‘persaingan’ secara aman tanpa memulakan konflik demi mencapai keseimbangan dalam sektor ekonomi. Semua ketahui kesan perang perdagangan kedua negara berupaya memberi kesan yang mendalam kepada pertumbuhan global.

Selain mencapai kata sepakat itu, AS dan China turut membincangkan hala tuju isu serantau, peperangan nuklear dan impak ekonomi yang sedang didepani semua pihak.

Akan tetapi meskipun kedua pihak telah menzahirkan matlamat yang sama untuk mengelakkan berlakunya konflik, AS dan China kekal memiliki percanggahan pendapat berhubung isu Taiwan.

Dunia Dijangkan Rugi $5 Trillion Menjelang 2024

Dunia Dijangkan Rugi $5 Trillion Menjelang 2024

Sidang G20 pada minggu ini yang telah berakhir turut mengetengahkan isu pencerobohan data berupaya mengugat kos kerugian tahunan yang perlu ditampung oleh dunia. Menjelang tahun 2024, kegiatan ketirisan data pengguna itu akan membawa kepada nilai kerugian lepasi $5 trilion.

Melihat kepincangan itu, Presiden Joko Widodo pada pengendalian sidang semalam menegaskan segmen keselamatan siber wajar menjadi tumpuan seluruh negara untuk menangani kos kerugian yang bakal didepani dunia melalui pengukuhan polisi ekonomi digital.

Kos ini dilihat tidak sekadar membebankan kos syarikat atau memberi kesan mendalam kepada pengguna yang terlibat bagi jangka masa panjang, tetapi turut berpotensi mengugat status demokrasi dunia dan keyakinan awam ke atas sektor pendigitalan di masa hadapan.

Maka semua negara perlu menyeimbangkan kekuatan pendigitalan negara bagi memastikan isu kebocoran data yang berbangkit dapat dibanteras segera.

Antara syarikat yang pernah berdepan isu kebocoran data adalah seperti Shein, iPay88, Carousell dan beberapa entiti lain.

Online
Hi! Boleh kami bantu?