Kumpulan Sasaran
-
Syarikat Sdn Bhd atau Berhad yang ingin menjalankan perniagaan pajak gadai sah berlesen di Malaysia.
-
Usahawan berpengalaman dalam emas, barang kemas atau mikro-kredit yang ingin berkembang secara sah.
-
Koperasi, agensi atau entiti kewangan yang ingin menubuhkan unit Ar-Rahnu atau cawangan pajak gadai sendiri.
-
Pelabur yang ingin menjadikan lesen pajak gadai sebagai aset atau model perniagaan jangka panjang.
Faedah
-
Pematuhan Undang-Undang: Menjalankan perniagaan mengikut Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 (Akta 81) – mengelakkan kompaun atau tindakan undang-undang.
-
Kepercayaan Pelanggan: Lesen sah menambah keyakinan pelanggan, khususnya dalam urus niaga barang berharga.
-
Akses kepada kemudahan bank & insurans: Lesen diperlukan untuk mendapatkan perlindungan insurans gadaian (Jeweller’s Block) dan kemudahan cagaran institusi kewangan.
-
Potensi pendapatan berulang: Caj upah simpan tetap setiap bulan memberikan aliran tunai stabil.
-
Peluang pengembangan: Lesen boleh digunakan untuk buka beberapa cawangan (dengan permohonan tambahan).
Kelayakan Minima
-
Entiti Berdaftar: Hanya syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) yang layak memohon.
-
Modal Berbayar: Minimum RM2 juta (Ar-Rahnu) atau RM4 juta (Konvensional).
-
Direktor Bebas Rekod Jenayah & Insolvensi: Semua pengarah syarikat mesti:
-
Bukan muflis
-
Tiada rekod jenayah
-
Warganegara Malaysia
-
-
Premis Sesuai: Premis dalam zon komersial dengan keperluan keselamatan lengkap (CCTV, bilik kebal, papan tanda).
-
Pematuhan Borang & Tapisan: Lulus tapisan cap jari (PDRM), carian Insolvensi dan lulus lawatan tapak oleh KPKT.