Kursus Asas Pesijilan MeSTI & Trust My Catering & Halal
Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh berkaitan dokumentasi, syarat-syarat, proses permohonan, dan amalan terbaik (best practices) bagi melayakkan perniagaan anda memperoleh pensijilan yang sah dan diiktiraf.
Hasil Pembelajaran Kursus
Peserta akan belajar tentang:
- Asas Halal: Peserta akan memahami konsep halal, haram, dan keperluan pensijilan halal JAKIM.
- Pengurusan Halal: Cara memastikan operasi harian mematuhi standard halal, termasuk pemilihan bahan dan rantaian bekalan.
- Keselamatan Makanan (MeSTI): Teknik menjaga kebersihan premis, penyediaan makanan, dan dokumentasi untuk keselamatan makanan.
- Amalan Katering: Panduan penyediaan makanan dan perkhidmatan katering yang memenuhi standard halal dan keselamatan.
- Proses Pensijilan: Langkah praktikal mendapatkan pensijilan halal dan MeSTI bagi meningkatkan kepercayaan pelanggan.
Keperluan Kursus
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai Asas Pemahaman Bahasa Melayu
- Individu/Pekerja/Pegawai sesebuah organisasi/syarikat/jabatan kerajaan
Kod Kursus: KAPMTH
Kursus Asas Pesijilan MeSTI, Trust My Catering & Halal
Kandungan Kursus
Pada sesi ini dijalankan, peserta akan dapat:
- Pengenalan Halal: Memahami konsep halal dan haram serta proses pensijilan halal oleh JAKIM.
- Pengurusan Halal: Panduan praktikal memastikan operasi perniagaan mematuhi standard halal.
- Standard MeSTI: Asas keselamatan makanan, termasuk kebersihan premis dan dokumentasi wajib.
- Amalan Terbaik Katering: Pemilihan bahan, penyediaan makanan, dan perkhidmatan yang mematuhi keperluan halal dan keselamatan.
- Pensijilan & Pematuhan: Langkah-langkah mendapatkan pensijilan halal dan MeSTI untuk meningkatkan kredibiliti perniagaan.