Peranan Kami

KMC berperanan sebagai sebuah firma konsultansi pengurusan dan pematuhan korporat yang membantu perniagaan, organisasi, kontraktor dan usahawan mengurus keperluan pematuhan, pensijilan, pelesenan serta dokumentasi perniagaan secara lebih sistematik dan profesional.

KMC bertindak sebagai rakan konsultansi kepada pelanggan dengan menyediakan penyelesaian yang praktikal, efisien dan berorientasikan hasil bagi membantu memperkukuhkan operasi, meningkatkan tahap pematuhan regulatori serta menyokong pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Kami membantu pelanggan dalam proses permohonan, pembaharuan, pengurusan dan pemantauan sijil, lesen, permit serta dokumentasi berkaitan. Melalui coaching, bimbingan, semakan dokumen dan persediaan pematuhan, KMC berusaha memudahkan proses yang kompleks dan membantu pelanggan memahami serta memenuhi keperluan pihak berkuasa berkaitan.

KMC turut membantu pelanggan mengenal pasti keperluan pematuhan dan potensi risiko operasi supaya tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan lebih awal dan teratur. Setiap penyelesaian disesuaikan berdasarkan jenis perniagaan, keperluan industri dan keadaan operasi pelanggan.

Dengan pendekatan yang mengutamakan profesionalisme, integriti, ketelusan dan kualiti perkhidmatan, KMC komited untuk menjadi rakan konsultansi yang dipercayai dalam membantu pelanggan membina perniagaan yang lebih tersusun, patuh, efisien, berdaya saing dan mampan.

Tanggungjawab Kami

Memberikan perkhidmatan konsultansi secara profesional, telus, dan beretika selaras dengan standard industri dan keperluan regulatori.

Menjaga kerahsiaan maklumat, dokumen, dan data pelanggan sepanjang proses konsultasi dan pengurusan dijalankan.

Memastikan setiap proses pengurusan dan konsultasi dilaksanakan secara sistematik, tepat, dan efisien.

 

Memberikan panduan dan sokongan yang jelas kepada pelanggan berkaitan prosedur, dokumentasi, dan keperluan pematuhan

Menjadi one stop centre bagi orang ramai untuk mendapatkan kepakaran kami dalam perkhidmatan yang ditawarkan.

Menjadi salah satu syarikat perunding berdaya saing untuk orang ramai.

Online
Hi! Boleh kami bantu?