Penipuan Pelaburan Meningkat 2 Kali Ganda

Penipuan Pelaburan Meningkat 2 Kali Ganda

Suruhanjaya Sekuriti (SC) menerima lebih 2,000 pertanyaan dan aduan mengenai skim atau penipuan pelaburan sehingga September 2021, dengan jumlah itu lebih dua kali ganda berbanding tahun lalu. Pengerusinya, Datuk Syed Zaid Albar berkata, sehingga 30 September 2021, terdapat 202 masukan baharu telah dibuat dalam senarai Peringatan Pelabur SC berbanding 134 masukan untuk keseluruhan 2020. Tindakan segera telah diambil bagi menangani masalah berkenaan.

“Pada tahun ini sahaja, kita telah menyekat 97 laman web dan tujuh akaun Facebook dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam ucapan pada InvestSmart Fest 2021 (ISF 2021) yang diadakan secara maya, semalam.

Menurut beliau, skim penipuan kebiasaanya akan menjanjikan pulangan yang tinggi dalam tempoh singkat, mempunyai risiko yang kecil atau tanpa risiko dan sering dipromosikan menerusi saluran media sosial dengan pembayaran kepada akaun bank yang dikendalikan oleh mereka yang melakukan penipuan. Selain skim penipuan pelaburan itu, jumlah aktiviti yang dikendalikan tanpa sebarang lesen atau pendaftaran turut meningkat.

Beliau juga memaklumkan pada tahun ini, SC telah mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada dua pertukaran aset digital asing, memberi amaran dan menyekat laman web mereka yang beroperasi secara tidak sah di dalam negara.  Sehingga 30 September 2021, SC telah menyenaraikan 38 operator dalam Senarai Pelabur SC, merangkumi entiti dan individu berkaitan yang menjalankan perniagaan mengenai nasihat pelaburan tanpa lesen.

“Kami turut mengarahkan 29 operator terbabit untuk berhenti menawarkan nasihat pelaburan yang tidak berlesen.

“Kebiasaannya, kegiatan itu dijalankan oleh mereka yang mengaku sebagai ‘guru pelaburan’ dengan menawarkan perkhidmatan menerusi kumpulan perbualan peribadi berdasarkan langganan di Telegram, WhatsApp dan Facebook.

“Jangan berurusan dengan mereka kerana mereka mungkin menerima nasihat daripada pihak yang tidak layak atau digunakan sebagai sebahagian daripada skim manipulasi pasaran,” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia agar lebih berhati-hati apabila melabur dan tidak memasukkan wang pendahuluan kepada akaun bank peribadi secara sembarangan. Syed Zaid menekankan dan menegaskan mengenai kepentingan untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat pelaburan yang tepat.

ISF 2021 bertujuan untuk mempromosikan pemerkasaan pelabur dan keyakinan pelabur untuk membolehkan mereka membuat keputusan pelaburan yang tepat tanpa menjadi mangsa penipuan. – UTUSAN ONLINE

Tips Baiki Pengurusan Kewangan Keluarga

Tips Baiki Pengurusan Kewangan Keluarga

Disini menjelaskan langkah dalam memperbaiki pengurusan kewangan keluarga yang boleh kita gunakan sebagai panduan.

Kita biasa mendengar ungkapan bahawa wang bukanlah segala-galanya tetapi segalanya memerlukan wang.

Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa wang merupakan sumber penting untuk meneruskan kelangsungan kehidupan seharian.

Sebagai salah satu sumber yang terhad, wang perlu diurus secara bijak dan berhemah agar matlamat kewangan diri dan keluarga dapat dicapai sama ada dalam keadaan senang mahupun dalam situasi di luar jangkaan.

Oleh itu, jika pengurusan kewangan keluarga sudah tersasar jauh, boleh cuba 7 langkah mudah ini.

JELAS.

Berapa simpanan yang diperlukan?

Berapa pendapatan yang diinginkan?

Berapa hutang yang perlu diselesaikan?

Buat senarai.

Dengan matlamat yang jelas, memudahkan kita untuk mengambil tindakan yang betul bagi menghasilkan sasaran yang diinginkan.

2. PERBAIKI MINDSET KEWANGAN

Mengekalkan mindset kewangan yang lama untuk mendapatkan hasil yang baru adalah gila. Apabila mindset berjaya diubah, tindakan dan hasil akan berubah.

Tambah ilmu kewangan. Ini cara untuk memperbaiki mindset kewangan kita. Makin tinggi ilmu kewangan, makin mudah nak capai matlamat kewangan.

Cara paling mudah untuk tambah ilmu ialah baca buku kewangan.

Jika sebulan 1 buku, setahun sekurang-kurangnya 12 buku.

3. BUAT PLAN TINDAKAN PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA

Berdasarkan matlamat tadi, perlu ada plan tindakan spesifik yang perlu dilakukan sepanjang tahun. Apa yang perlu dilakukan setiap bulan, setiap minggu dan setiap hari.

Buat senarai berdasarkan matlamat pada No 1 tadi.

Buat rekod aliran tunai untuk melihat memantau perkembangan kewangan dari masa ke masa.

Ia penting untuk melihat sama ada pelan tindakan kita berjalan sebagaimana dirancang.

4. TINGKATKAN PENDAPATAN

Jangan bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.

Semua jenis bisnes dan pekerjaan, mempunyai risiko ketidaktentuan pasaran masa hadapan.

Jadi, pelbagaikan.

Tidak kira anda makan gaji, kerja sendiri atau berniaga, perlu tambah sumber pendapatan melalui perniagaan baru.

Pilih perniagaan yang dapat dimulakan dengan modal rendah dengan potensi keuntungan yang tinggi.

Tingkatkan nilai diri supaya dapat memberi lebih nilai kepada orang lain dalam pekerjaan dan bisnes kita.

Nilai tambah ini mempu meningkatkan tawaran kita kepada majikan atau pun pelanggan.

5. URUS & KAWAL PERBELANJAAN

Apabila pendapatan berjaya ditingkatkan, pastikan perbelanjaan tetap terkawal.

Jangan bazirkan wang untuk membeli simbol-simbol kekayaan.

Ia tidak memberi nilai tambah kepada diri sendiri dan kepada kewangan kita.

6. SIMPANAN DAN PELABURAN

Mula-mula tingkatkan simpanan.

Apabila kita berjaya tingkatkan pendapatan dan kawal perbelanjaan, maka kita ada wang lebihan untuk tambah simpanan.

Kemudian boleh mulakan pelaburan.

Simpanan sahaja tidak memadai untuk tingkatkan kewangan. Kita perlu juga kepada pelaburan.

Boleh mulakan dengan pelaburan yang mudah dengan modal yang rendah seperti emas dan unit trust.

Untuk jangka masa panjang, boleh juga pelbagaikan pelaburan kepads hartanah, saham, private mandate dan sebagainya.

7. PENGUKUHAN DAN PERTAHANAN ASET

Lindungi harta dan aset dengan perlindungan takaful.

Pastikan takaful yang anda langgan memenuhi keperluan perlindungan pendapatan, pengekelan aset dan penyelesaian hutang.

Takaful bukan untuk pelaburan.

Buat perancangan pusaka dan wasiat untuk memastikan harta yang dimiliki dapat dimanfaatkan oleh waris dan tidak berlaku perebutan.

Perancangan cukai juga tak dilupakan supaya dapat tidak diambil tindakan undang-undang akibat lari cukai.

Sedekah dan derma juga perlu dijalankan seiring dengan peningkatan harta supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai.

Akhir sekali, jangan lupakan zakat untuk menyucikan harta kita.

Dalam harta kita ada milik orang lain yang ALLAH sudah tetapkan.

Unit Amanah – Part 2

Unit Amanah – Part 2

 

 

Apa Itu Unit Trust / Unit Amanah?

Unit Trust lebih dikenali dalam bahasa melayu “Unit Amanah.”Merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif mengumpul simpanan pelabur yang diuruskan oleh pengurus pelaburan secara profesional.Setiap wang pemegang unit akan dilaburkan untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana diistiharkan oleh objektif pelaburan sesuatu skim. Pelaburan Unit Trust membabitkan 3 pihak iaitu,Syarikat Pengurusan dana, Pelabur dan Pemegang Amanah.

Setiap skim pelaburan biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan kadar risiko yang munasabah. Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Saham akan dibahagikan dalam bentuk unit dan setiap pelabur adalah pemegang unit(unitholder). Satu unit dalam Unit Trust adalah sebahagian saham daripada jumlah pelaburan.

Setiap pelaburan individu dalam Unit Trust mereka akan menerima pengesahan hak milik, samaada dalam bentuk penyata(statement)atau sijil unit.Jumlah unit yang dimiliki pelabur bergantung kepada harga setiap unit dimana jumlah wang yang dilaburkan ketika masa membuat pelaburan.Setiap 6 bulan Public Mutual akan menghantar statement (jumlah semasa/terkini) kepada setiap pemegang Unit Trust.Manakala setiap minggu Public Mutual akan menghantar kedudukan pasaran melalui email.

Di Malaysia masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan Unit Trust khususnya bumiputera kerana mereka lebih mengenali pelaburan ASB,ASN dan sebagainya. Malah mereka yang sudah melabur dalam unit trust juga masih kurang tahu kepentingan pelaburan ini yang memberikan pulangan yang lumayan.

Perlu kita tahu dan fahami tujuan dan mengapa kita melabur. UnitTrust merupakan pelaburan untuk jangka masa panjang dimana unit amanah kita akan bertambah dan memberikan pulangan yang lumayan, samaada pelaburan Cash atau KWSP. Manakala pelaburan Unit Amanah melalui KWSPadalah bertujuan menambah pulangan dalam simpanan akaun 1 dengan tujuanmemberikan jumlah pulangan pesaraan pencarum yang lebih lumayan danmenjamin pesaraan yang lebih selesa.

Dengan Public Mutual tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ia adalah sebuah syarikat yang sah dan merupakan syarikat unit trust no 1dimalaysia dan syarikat yang dipercayai dengan jumlah pelabur melebihi 2 juta dan jumlah pelaburan melebihi RM20 Bilion.

Seramai lebih 1.80 juta pemegang akaun Public mutual telah bermanfaat dari pengalaman dan kepakaran kami dalam pengurusan dana selama 28 tahun. Berilah satu alternatif kepada anda sendiri untuk mempelbagaikan tabung simpanan pesaraan anda. Kami ghairah dalam memberi nilai kepada para pemegang unit kami.

Pelaburan Unit Trust menguntungkan?

Memang benar pelaburan Unit Trust amat menguntungkan daripada pelaburan yang lain. Malah lebih menguntungkan dan terjamin daripada pelaburan skim cepat kaya. Antara kelebihannya wang yang dilaburkan akan diuruskan secara professional mengikut kemampuan. Unit Trust mempunyai beberapa jenis pilihan dana termasuklah dana syariah,non syariah, moneymarket,equity,pasaran tempatan dan global.

Unit Trust merupakan pelaburan yang menguntungkan dengan pulangan lebih lumayan untuk jangka masa panjang. Selama ini kita penat bekerja siang dan malam untuk mencari wang dan kehidupan yang lebih selesa.Sekarang ini tiba masanya wang yang kita kumpul selama ini bekerja menjana wang (pendapatan) didalam pelaburan unit trust. Bukankah itucara yang bijak kita menguruskan wang dalam masa yang sama menjamin masa depan dan hari tua yang menguntungkan..

Kenapa melabur dalam Unit Trust?

1- Pegurusan Profressional

Dana Unit Trust diuruskan oleh mereka yang professional yang bekerja sepenuh masa bagi memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik

2- Penyebaran risiko

Kelebihan utama Unit Trust adalah penyebaran risiko. Unit Trust dilaburkan dalam pelbagai sektor saham, bon dan sekuriti sekaligus dapat mengurangkan risiko jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan. Prestasi sektor yang lain akan membantu memberikan imbangan pulangan yang baik

3- Sesiapa saja boleh melabur dalam unit trust

Dengan modal permulaan serendah RM1000 anda sudah boleh melabur dalam skim dana yang ada dalam Public Mutual.Penambahan pelaburan boleh dilakukan pada bila bila masa dengan kadar serendah RM100

4- Mudah tunai

Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan pada bila-bila masa. Anda akan dapat memperolehi nilai tunai yang dijual dalam masa 10 hari setelah mendapat pengesahan Public Mutual

5- Selamat

Pelaburan Unit Trust adalah selamat kerana dana tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk membuat sebarang pelaburan. Ini kerana dana Unit Trust dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur

6- Tidak memerlukan perhatian khusus

Anda tidak perlu memperuntukkan masa untuk mengendalikan urusan pelaburan dana. Ini kerana semuanya di kawal oleh pengurus dana yang dibertanggungjawab. Anda boleh memperuntukkan masa untuk aktiviti lain.

7- Pulangan yang baik

setakat ini pulangan daripada unit trust adalah sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus malah terdapat dana yang memberikan pulangan yang lebih tinggi dan lebih baik. Ada kalanya pulangan kurang memberangsangkan namun pelaburan untuk jangka masa penjang jauh lebih baik dari simpanan tetap

8- Berlandaskan kehendak Syariah

Unit Amanah patuh Syariah memberi anda peluang untuk menikmati pertumbuhan modal dan / atau aliran pendapatan sebagai pulangan pelaburan anda.

Berminat untuk melabur dalam unit amanah sama ada individual/syarikat? Boleh hubungi kami di ruangan contact di website ini. 

Unit Amanah vs ASB – Part 1

Unit Amanah vs ASB – Part 1

ASB vs Unit trust?

Saya selalu ditanya apa beza antara ASB dan Unit trust dari Public Mutual atau CWA. Saya rasa ada yang silap faham sedikit. ASB adalah juga “unit trust”, cuma konsepnya sedikit berbeza. Pelaburan unit trust lebih berisiko rendah berbanding pelaburan saham. Well, high risk high return right?

ASB bermaksud Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang juga merupakan “Unit Trust”. Dana ASB yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini adalah pelaburan “government linked” yang berharga tetap “fixed price”, yang lebih dilaburkan kepada “government linked company” seperti Maybank, CIMB, Petronas, TNB dan lain-lain. Ini bermaksud setiap ringgit yang anda laburkan, anda akan mendapat amount yang sama ketika anda menebus / membuat jualan balik unit ASB anda. ASB memberi pulangan atau agihan pendapatan secara dividend tahunan.

Berbeza sedikit dengan “unit trust” dari Public Mutual atau CWA yang mempunyai harga yang berubah-ubah mengikut harga semasa “fluctuate”. Dana ini yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan melaburkan dana ke dalam pelbagai portfolio yang telah diluluskan seperti : “equity, balanced, fixed income, bond dan money market”, sama ada dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. Setiap portfolio ini mempunyai tahap risiko dan pulangan yang berbeza.

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
1) keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
2) keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.

Yang mana lebih baik? Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.

× Perlukan bantuan?