Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kepada paras inflasi negara kini memaparkan peningkatan apabila paras setakat Mei 2024 direkodkan 2.0%. Lebih tinggi berbanding April lalu sekitar 1.8%. Lonjakan ini mengikut data Jabatan Perangkaan (DOSM) didorong hasil peningkatan inflasi kalangan kumpulan utama Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain yang mencatatkan 3.2%. Selain itu inflasi bagi Restoran & Perkhidmatan Penginapan juga turut memaparkan paras yang tinggi 3.2% meskipun ia lebih kecil berbanding rekod sebelumnya (3.5%).

Tidak hanya kategori tersebut, segmen inflasi pada Pendidikan turut meningkat kepada 1.5%, diikuti Pengangkutan 0.5%. Sementara pada segmen makanan dan minuman, DOSM turut dapati kos Makanan Di Luar Rumah kekal tinggi dengan paras inflasi 3.4%, manakala kos Makanan Di Rumah pula kekal stabil dengan sedikit peningkatan 0.5%.

 

 

Meskipun paras inflasi negara mulai meningkat namun ia kekal ditakuk yang lebih rendah berbanding sebilangan negara serantau antaranya Indonesia (2.8%) dan Filipina (3.9%).

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?