Boost Bank yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, kini mendedahkan akan menyedia pulangan sehingga 3.6% setahun buat pengguna menerusi simpanan aplikasinya. Manfaat itu diperhatikan boleh diraih menerusi simpanan pada tabung Boost Bank.

Berdasarkan panduan terdapat di laman rasmi Boost, pengguna berpeluang meraih sehingga 2.5% pa faedah harian sekiranya kemasukan dana disertakan pada akaun simpanan. Sementara pulangan sehingga 3.6% pa pula akan tersedia untuk simpanan pada ciri tabung.

Bagaimanapun berdasarkan makluman soal jawab Boost Bank, didapati manfaat pulangan tersebut akan didasari berasaskan sistem tahap kesetiaan pengguna untuk meraih lebih banyak manfaat eksklusif bersama Boost Bank – iaitu melibatkan status platinum.

Selain menampilkan ciri akaun simpanan, diikuti pembukaan sehingga 8 tabung – Boost Bank turut memaklumkan dalam usaha menyediakan kad debit Boost buat pengguna. Langkah itu bagi memastikan perbelanjaan pengguna lebih lancar sekiranya terdapat gangguan capaian pada pembelian secara fizikal. Bagaimanapun, penampilan kad debit Boost masih tidak diketahui lagi tempoh pengenalannya. Sama-sama kita nantikan pada hari pelancaran kelak!

Online
Hi! Boleh kami bantu?