Sekiranya tahun 2010 isi rumah di Malaysia berupaya untuk berbelanja sejumlah barang pada nilai RM76.70 – keadaan itu nyata berbeza untuk pasaran semasa kerana dalam tempoh 13 tahun, pada 2023 bagi barangan yang sama pengguna perlu berbelanja sekitar RM100. Ini menunjukkan berlakunya penurunan 23.3% ke atas kuasa beli pengguna. Dapatan Jabatan Perangkaan (DOSM) ini memperincikan, situasi itu berlaku kesan kenaikan inflasi secara berkala telah menyebabkan kuasa beli pengguna berkurangan.

 

Kuasa Beli Pengguna merujuk kepada jumlah barangan dan perkhidmatan yang dibeli dengan satu mata wang.

 

Secara menyeluruh untuk tahun 2023, paras inflasi telah meningkat lebih perlahan iaitu kepada 2.5%. Tekanan kos itu antaranya dipacu oleh peningkatan 3 kumpulan utama seperti Restoran & Hotel dengan kenaikan kos 5.6%, Makanan & Minuman (4.8%), dan Barangan & Perkhidmatan (2.4%).

Berdasarkan tumpuan kos dalam Makanan dan Minuman – didapati antara produk berkaitan makanan asas yang menunjukkan peningkatan ketara adalah Ayam yang naik kepada RM10.28 sekilogram pada 2023, diikuti Nasi Putih naik kepada RM1.84.

Lonjakan ini sekaligus mempengaruhi corak perbelanjaan dan tingkahlaku rakyat dalam pasaran ekonomi semasa. Di mana pengguna akan meningkatkan perbelanjaan ke atas makanan, sekaligus berlakunya pengurangan kuasa beli ke atas perbelanjaan bukan makanan. Tambahan, krisis perubahan iklim yang telah merencatkan kapasiti bekalan ke atas negara pengeluar seperti India, Thailand dan Brazil juga turut menjadi faktor kepada peningkatan harga. Selain makanan, kenaikan kos barang dan perkhidmatan juga turut menyumbang kepada tekanan kos sara hidup lebih tinggi. Keadaan ini secara langsung mengecilkan lagi kuasa beli pengguna secara berkala.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?