Seperti yang kita tahu, dunia sekarang mengalami ekonomi yang tidak stabil kerana serangan wabak Covid-19 yang telah mengakibatkan ribuan manusia dijangkiti serta ada yang menyebabkan mangsa yang dijangkiti meninggal dunia.

Oleh itu, pihak bank di Malaysia juga telah berbincang untuk memberi penangguhan bayaran dari segi pinjaman peribadi, pinjaman kereta & motor, pinjaman perniagaan serta beberapa jenis pinjaman lain lagi.

Ini kerana ramai orang mengalami gaji yang tidak cukup malah ada yang terpaksa cuti tanpa gaji serta ada yang gaji dipotong akibat wabak ini. Pihak kerajaan Malaysia juga telah memberi “announce” kepada rakyat malaysia untuk meng-hadkan pergerakan dalam tempoh 14 hari bermula 18 Mac ini tadi. Orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar rumah jika tiada keperluan. Ini kerana pihak kerajaan mengambil inisentif untuk memutuskan rantaian wabak ini untuk terus menular di seluruh Malaysia.

Dibawah ini senarai bank-bank yang memberi penangguhan bayaran maksima sehingga 6 bulan. Anda boleh menelefon pihak bank anda untuk “apply” penangguhan ini jika wabak ini memberi impak yang besar dalam kehidupan anda. Anda dikehendaki untuk terus menghubungi pihak bank untuk proses seterusnya. Terima Kasih.

Semoga Bermanfaat.
Sumber – mysumber.com

Online
Hi! Boleh kami bantu?